Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Denda Jika Berehat Lama Di Hentian R&R

Bukti munasabah harus diberikan untuk mengelak denda tersebut.

0
comments
Denda Jika Berehat Lama Di Hentian R&R
Gambar: en.wikipedia.org
Baru-baru ini viral status Facebook dari Damar Wulan yang menyatakan pihak Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengenakan cas tambahan RM6.40 setelah berehat lama di Hentian Rehat & Rawat (R&R):

source: imgur.com
Gambar: Facebook Damar Wulan
 
"Bahaya menggunakan lebuhraya PLUS Gurun Pendang sekarang.Aku di denda 9.40 sen dan bayaran Tol 3.00 sahaja tapi di cas RM 9.40 sen adalah cas tambahan dikenakan sekarang jika dok lama melebihi 1.5 jam di RNR.(Rehat dan rawat) Gila ka apa ni..x boleh duduk lama di RNR..sampai di Tol pendang waktu nak bayar Tol kena denda..mmg sial..Alasan Pihak PLUS mengesyaki jika duduk lama di RNR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna levuh raya...ha...penipuan haramjadah apa ni dari pengguna PLUS.Aku menghubungi 1800 88 00 00 dia pon x dapat memberikan jawapan pasti..persoalannya kenapa tidak diletakkan papan tanda di RNR gurun (TIDAK DIBENARKAN BEREHAT MELEBIHI 1.5 JAM) PLUS membuat undang undang ikut suka. 9.40 Sen adalah denda yang dikenakan."

Berikut adalah penjelasan dari PLUS:

Pengguna PLUS yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan yang ditetapkan akan dikenakan Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT). Pihak PLUS mempunyai rekod untuk setiap kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya tersebut. 

Sebagai contoh, perjalanan mengikut kadar kelajuan yang dikenalpasti antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan memakan masa selama 30 minit, jumlah masa itu akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berhenti di Hentian R&R Gurun. Sekira pengguna keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki Plaza Tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan. Namun seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti, pihak PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan.

Hal ini juga adalah sebagai langkah membendung kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS. Ada pengguna yang tidak bertanggungjawab menukar, menyimpan dan manupulasi kad trasit tol. Jadi penalti akan dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar dari lebuhraya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan yang telah ditetapkan. 

Sumber: Berita Harian
 
 
 
Comments



Back to top