Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Bayi Masih Hidup Walau Ditikam 14 Kali Dan Ditanam Hidup-Hidup

Dia bakal dijaga oleh keluarga baharu dari Sweden.

0
comments
Bayi Masih Hidup Walau Ditikam 14 Kali Dan Ditanam Hidup-Hidup
Gambar: www.dailymail.co.uk
Nampaknya ajal maut semuanya ditangan Tuhan. Seorang bayi dilihat masih bernafas walaupun telah ditikam sebanyak 14 kali dan ditanam hidup-hidup Februari lalu.

Kejadian yang berlaku di Thailand ini melibatkan bayi yang baru lahir dan hasil siasatan doktor menunjukkan bayi bernama Aidin ini telah didera oleh ibunya, warga tempatan berusia 42 tahun.

Kejadian ngeri ini berlaku beberapa hari selepas dia dilahirkan. Aidin mengalami kecederaan yang teruk akibat ditikam dan ditanam hidup-hidup tanpa belas kasihan. Dia telah diselamatkan oleh seorang pengembala lembu yang kebetulan lalu di kawasan tersebut apabila terlihat kaki kecilnya terkeluar dari timbusan tanah. 

Kini berusia tujuh bulan, Aidin bernasib baik kerana dia dijaga dengan baik di sebuah pusat penjagaan anak yatim dan bakal memulakan kehidupan baharunya bersama pasangan dari Sweden. 

Ibu bayi tersebut telah didakwa atas tuduhan membunuh dan mengabaikan anak sendiri.

Sumber: Mstar

 
 
Comments