Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Isu 'Doktor': Universiti Hertfordshire Menafikan Mereka Mempunyai Rekod Azizan Osman

Konvokesyen di Universiti Hertfordshire dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat.

0
comments
Isu 'Doktor': Universiti Hertfordshire Menafikan Mereka Mempunyai Rekod Azizan Osman
Gambar: Facebook Azizan Osman

Kumpulan Richworks telah tampil memberi penjelasan mengenai isu ijazah kedoktoran pakar motivasi, Azizan Osman, yang didakwa tidak wujud semalam.

Richworks, yang ditubuhkan pada 2008, merupakan sebuah syarikat penganjuran seminar berkaitan pembangunan kemuncak prestasi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan serta pembelian barangan dalam talian.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di Facebook Azizan Osman, Richworks berkata pihaknya kesal dengan kekeliruan yang timbul berkaitan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Mereka juga telah membuat laporan polis mengenai isu ijazah kehormat dari Universiti Malaya kerana ada kemungkinan pihak mereka telah diperdaya oleh individu-individu tertentu yang tidak mewakili universiti berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Azizan berkelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009. Selain itu, Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Namun menurut sumber dari Luqmanul Hakim Abd Rahim dan Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia, pihak Universiti Hertfordshire telah mengeluarkan surat menafikan beliau mempunyai rekod di universiti tersebut.

 
 
Comments