Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

5 Maut Dan 5 Hilang Dalam Taufan Chaba, Kini Menyerang Jepun

Dari Busan ke Jepun, ia dijangka merebak ke kawasan Pasifik.

0
comments
5 Maut Dan 5 Hilang Dalam Taufan Chaba, Kini Menyerang Jepun
Gambar: www.straitstimes.com

Maklumat terkini mengenai Taufan Chaba, sekurang-kurangnya lima maut manakala lima yang lain hilang selepas Taufan ini melanda bawah semenanjung Korea semalam dan dijangka melanda pulau utama Jepun, Honshu petang hari ini sebelum bergerak menuju ke Pasifik. Angka kematian juga dijangka akan meningkat.

Pulau Jeju, barat daya Busan dan Ulsan antara bandar yang paling teruk terjejas selepas angin kuat dengan kekuatan 47meter per saat dan hujan lebat lebih 600 milimeter membadai negara itu pada Selasa dan tengah hari Rabu.

Menurut Kementerian Keselamatan dan Keselamatan Awam, sebuah kren runtuh berdekatan sebuah tapak pembinaan di Busan dan menyebabkan seorang lelaki beruia 59 tahun terbunuh.

Sementara itu, seorang wanita 90 tahun meninggal dunia selepas ditolak keluar angin kencang ketika berada di rumahnya di tingkat dua.

Dalam pada itu di Pulau Jeju, seorang krew kapal jatuh ke dalam laut dan hilang di pelabuhan Jeju sementerta di Ulsan, seorang penyelamat kecemasan dihanyutkan banjir.

Taufan Chaba menyebabkan 2,500 sekolah ditutup di Korea Selatan sementara puluhan ribu rumah di sepanjang pantai selatan negara itu bergelap

Di Jepun, 108 penerbangan domestik syarikat penerbangan All Nippon Airways (ANA) dan Japan Airlines telah dibatalkan.

 
 
Comments



Back to top