Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Kapal Zaytouna-Oliva Yang Membawa Dr Fauziah Hasan Ditawan Tentera Israel

Semoga 13 anak kapal dalam misi ke Gaza dibebaskan dengan selamat.

0
comments
Kapal Zaytouna-Oliva Yang Membawa Dr Fauziah Hasan Ditawan Tentera Israel
Gambar: www.freemalaysiatoday.com
Kapal layar Zaytouna-Oliva berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam waktu Malaysia pada hari Rabu. Kapal Zaytouna dalam misi 'Women's Boat To Gaza' (WBG) itu telah ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.

Perkara itu disahkan Pusat Krisis WBG Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang terputus hubungan dengan ahli misi WBG.

Turut berada di dalam kapal berkenaan ialah wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.
Ketika kejadian, kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 100 batu nautika ke arah pantai Gaza, dan pada kedudukan itu, kapal berkenaan telah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel.

Selain Dr Fauziah, delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia.

source: imgur.com
Gambar: Harian Metro

Pelayaran mereka bermula pada 8 malam (waktu tempatan Barcelona) 14 September dari pelabuhan Vell dan membuat persinggahan di Ajaccio, Perancis pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali.

Seorang jurucakap misi WBG itu sebelum ini berkata, kapal berkenaan cuba menghampiri Gaza dalam usaha melepasi sekatan yang dikenakan Israel sejak berdekad-dekad lamanya. Semoga mereka dibebaskan dengan segera oleh pihak Israel dan menamatkan misi ke Gaza dengan jayanya. 

 
 
Comments