Rojak Daily Logo

Tiada Alkohol Dalam Coca-Cola Edisi EURO 2016

0
comments
Tiada Alkohol Dalam Coca-Cola Edisi EURO 2016

Coca Cola, yang telah menjadi penaja rasmi untuk acara bola sepak sejak 1988, telah melancarkan botol aluminium edisi khas Coca-Cola UEFA Euro 2016 di Eropah. Namun selain dari keunikan botol aluminiumnya, ada desas-desus yang mengatakan Coca-Cola Edisi Terhad ini mengandungi Alkohol.

 
  
Gambar: coca-cola-france.fr

Coca-Cola Malaysia telah memberitahu bahawa Coca-Cola botol aluminium Edisi Terhad UEFA Euro 2016 yang dijual di kedai-kedai terpilih di Malaysia TIDAK mengandungi alkohol.

Walaupun Coca-Cola botol aluminium edisi terhad ini diimport dari Eropah dan tidak dikeluarkan di Malaysia, bahan-bahan dan proses pengeluarannya dikawal ketat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di lebih 200 negara termasuklah negara-negara yang Islam adalah agama utama.

 

Gambar: www.marketingdelosdeportes.com

Hanya boleh didapati di kedai-kedai terpilih sahaja, Coca-Cola terus menjadi syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia dan sentiasa mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat demi kualiti dan kebersihan yang terpelihara. 

 
 
 
Comments