Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Tiada Peningkatan GST Dalam Bajet 2017

Anda masih boleh bertenang.

0
comments
Tiada Peningkatan GST Dalam Bajet 2017
Gambar: gstmalaysiainfo.com
Tidak ada peningkatan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober ini.

Kadar 6% yang dikenakan sekarang masih mencukupi untuk menguruskan ekonomi negara dan memenuhi keperluan untuk membantu masyarakat.

Hal ini berikutan ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan peningkatan kadar GST semasa pembentangan bajet 2017.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz, “takkanlah kita mahu membebankan rakyat lagi dengan menaikkan kadar GST. Kerajaan kita bertanggungjawab dan amat prihatin kepada rakyat. Apa yang kita dapat daripada GST kita beri balik kepada rakyat namun ini cuba dieksploitasi oleh pihak tertentu”.


Sumber: Mstar
 
 
Comments



Back to top