Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Warga Australia Hina Jalur Gemilang Ditahan

Suspek bertindak sedemikian akibat mabuk.

0
comments
Warga Australia Hina Jalur Gemilang Ditahan
Gambar: The Star

Semalam kecoh di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila ada sekumpulan penonton yang merupakan warga Australia melucutkan seluar untuk menunjukkan seluar dalam mereka yang merupakan bendera Malaysia.

Kesemua sembilan lelaki tersebut berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix yang berlangsung semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, sembilan warga Australia ini telah ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara. Hasil ujian alkohol mendapati kesemua suspek bertindak sedemikian akibat mabuk. Mereka akan ditahan sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

 
 
Comments



Back to top