Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Helikopter Terhempas Di Bumbung Sekolah Tawau

13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.

0
comments
Helikopter Terhempas Di Bumbung Sekolah Tawau
Gambar: Siakap Keli
Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, pada jam 9.15 pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut. Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk. Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan. 

Sumber: Berita Harian
 
 
 
Comments



Back to top