Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Ancaman Bom Selepas Solat Jumaat

Penghuni dan kakitangan bangunan Bursa Malaysia gempar selepas menerima ancaman bom.

0
comments
Ancaman Bom Selepas Solat Jumaat
Penghuni dan kakitangan bangunan Bursa Malaysia diminta mengosongkan premis itu sebaik ancaman bom diterima. (Gambar: Zaiful Mohd Ariffin - Facebook)
Penghuni dan kakitangan bangunan Bursa Malaysia di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur gempar apabila satu ancaman bom diterima jam 12.01 tengahari tadi. 

Susulan ancaman itu, semua penghuni dan kakitangan bangunan itu termasuk kakitangan Astro Awani diminta meninggalkan premis itu. Laporan Harian Metro menyatakan seorang individu membuat panggilan telefon dan menggugut akan meletupkan bangunan itu selepas solat Jumaat.


Eksekutif Editor, Astro Awani, Zaiful Mohd Ariffin turut merakam suasana di luar bangunan itu. Dalam rakaman itu menunjukkan Unit K9 Polis Diraja Malaysia juga berada di lokasi untuk menjalankan siasatan. Laporan Bernama pula menyatakan premis itu dibuka kembali jam 2 petang.
 
 
Comments