Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Fahrin Jadi Bapa, Anak Kongsi Tarikh Lahir

Isteri pelakon itu selamat melahirkan anak sulung mereka petang semalam.

0
comments
Fahrin Jadi Bapa, Anak Kongsi Tarikh Lahir
Fahrin berkongsi gambar bersama isterinya ketika di dalam bilik pembedahan dan pengalaman pertama menjaga anak sulungnya itu. (Gambar: fahrinahmad_fa - Instagram)
Pelakon terkenal, Fahrin Ahmad berkongsi berita gembira dengan peminatnya apabila isterinya, Elena Hani Eleas selamat melahirkan anak sulung mereka jam 4.15 petang semalam.

Dalam status terkini di Instagram miliknya, isterinya melahirkan bayi lelaki secara normal di sebuah hospital swasta di Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan menariknya, anak mereka itu berkongsi tarikh lahir sama dengan ibunya.


Kakitangan hospital meraikan kelahiran anak sulung Fahrin bersama isteri. (Gambar: fahrinahmad_fa - Instagram)

Pelakon filem Pilot Cafe itu sempat menghadiahkan sepotong kek pada isterinya ketika berada dalam bilik pembedahan. Fahrin juga mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan dan memberi sokongan pada isterinya itu. 

Berkongsi kegembiraan, kehadiran cahaya mata itu diraikan kakitangan hospital tersebut bersama kek dan jambangan bunga.  
 
 
Comments



Back to top