Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Tidak Pernah Anugerah PhD Pada Azizan Osman

Universiti Malaya memberi penjelasan isu di media sosial.

0
comments
Tidak Pernah Anugerah PhD Pada Azizan Osman
Penjelasan Universiti Malaya dibuat selepas isu tersebut menarik perhatian khalayak dan diperkatakan di media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan ramai pihak. (Gambar: University of Malaya - Facebook dan suarainsan)
Isu mengenai seorang penceramah motivasi keusahawanan terkenal yang dikaitkan dengan kesahihan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan daripada sebuah universiti tempatan terjawab apabila pihak universiti itu tampil memberikan kenyataan hari ini.

Merujuk kenyataan media yang dimuat naik di Facebook University of Malaya, pihak universiti terkemuka itu menjelaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran tersebut kepada Azizan Osman.


Universiti Malaya menjelaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran PhD kepada Azizan Osman. (Gambar: University of Malaya - Facebook)

Penjelasan itu dibuat selepas isu tersebut menarik perhatian khalayak dan diperkatakan di media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan ramai pihak. 

Menerusi tinjauan Rojak Daily Kaw di laman sesawang, Richworks (www.irichworks.com) milik Azizan Osman, memang tertera perkataan 'Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM)'. Namun, dalam biografi itu, penceramah itu hanya memberitahu pernah mendapatkan PhD (pengurusan) dari sebuah universiti tempatan pada 2009.


Maklumat biodata Azizan Osman di laman sesawang miliknya.
 
 
Comments