Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Zila Mengaku Salah, Didenda RM2,500

Bekas peserta Akademi Fantasia 4 itu bersama pasangannya membayar denda itu.

0
comments
Zila Mengaku Salah, Didenda RM2,500
Zila bersama pasangannya dituduh berkhalwat di sebuah pangsapuri di Bandar Bukit Jalil pada 13 Ogos lalu. (Gambar: Astro Gempak)
Kes khalwat membabitkan penyanyi Zila Seeron selesai apabila Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500. 

Bekas isteri pelawak dan pelakon, Along Cham itu bersama pasangannya, Mohd Khairul Azizi mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Kedua tertuduh boleh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tetapi mereka kemudiannya membayar denda itu.

Zila atau nama sebenar, Nur Azilah Seeron, 28 yang juga bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia 4 didakwa berkhalwat dengan pengurus syarikat itu di sebuah pangsapuri di Bandar Bukit Jalil pada 13 Ogos lalu.

Dalam pertuduhan kes itu menyatakan Zila bersembunyi di belakang almari bilik dengan memakai baju T warna putih bercorak bunga dan berseluar panjang warna kalbu tanpa memakai tudung. Pasangannya pula berdiri di meja makan selepas anggota penguatkuasa berjaya masuk dengan memotong mangga besi di pintu kediaman itu.

Laporan Mstar juga menyatakan pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 
 
 
Comments



Back to top