Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Blackberry Tamatkan Rekaan Produk Sendiri

Syarikat itu merancang hentikan semua pembangunan 'hardware'

0
comments
Blackberry Tamatkan Rekaan Produk Sendiri
Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, John Chen menyatakan syarikat itu masih mahu memberi fokus pada aspek perisian. (Gambar: cbc.ca)
Telefon pintar jenama Blackberry yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan pengguna di seluruh dunia sedekad lalu kini mengumumkan akan menghentikan rekaan model mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, John Chen berkata, Blackberry merancang menghentikan semua pembangunan 'hardware' dalaman mereka dan menggunakan sumber luar untuk menjalinkan kerjasama.

Tambahnya, tindakan itu dapat menyelamatkan syarikat itu dari asepk modal dan membangunkan rekaan model syarikat lain dalam mengatasi pelaburan yang diperlukan.

Bagaimanapaun, Chen dalam satu kenyataan seperti dilaporkan The Independent menyatakan Blackberry masih mempunyai matlamat mahu memberi fokus pada aspek perisian. 

 
 
 
Comments