Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

"Inilah Perkara Yang Melemahkan Saya..." - Anuar Zain

Akhirnya Anuar Zain membuka akaun Instagram.

0
comments
Kredibiliti penyanyi dengan pengalaman hampir 30 tahun ini tidak perlu disangkal lagi. Penantian lima tahun untuk album Anuar Zain nampaknya sampai ke penghujung apabila jejaka pilihan malaya ini tampil dengan album terbaharunya, Anuar Zain.


Mempertaruhkan lagu ‘Andainya Takdir’ sebagai single pertama, Anuar mengharapkan lagu-lagu di dalam album ini mendapat perhatian para penggemar muzik tanahair dan didedikasikan khusus buat peminat.

Tidak hanya berbicara mengenai album baharu, Anuar Zain sempat meluangkan masa bersama kami untuk berborak tentang 11 perkara yang berada di sekelilingnya.





Perkara yang melemahkan…

Perkara yang melemahkan saya adalah perkara yang tiada penyelesaian. Contohnya bila satu tahap kita tak boleh mencapai persetujuan ataupun persefahaman dan tiada penyelesaian, itu susah. Pasa saya, saya lemah apabila situasi ini terjadi.

Air mata…

Terutamanya sekarang, saya mudah tersentuh. Kadang-kadang tu kita rasa banyak pengalaman tentang sesuatu perkara, banyak benda berlaku dalam kehidupan jadi bila segalanya saling berkait dengan diri saya sendiri, saya mudah tersentuh.

Wangian…

Wangian pada saya adalah sangat penting kerana ia melengkapkan penampilan kita. Jadi kita harus tampil bersih, kemas dan wangi. Tiga perkara ini tidak boleh lari dan barulah complete penampilan kita apabila keluar rumah. Wangian kegemaran saya ada banyak. Tak terkata dan terkira wangian yang saya suka. Ikut mood saya, saya suka Jo Malone, Chanel dan pelbagai lagi.

10 tahun akan datang…

Saya masih menghasilkan album, masih membuat persembahan dan saya harapkan saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan gembira jalani kehidupan saya.

Keluarga…

Saya sangat sayangkan keluarga saya, kawan-kawan juga merupakan keluarga pada saya cuma keluarga sendiri masih belum ada dan berharap saya punya keluarga sendiri satu hari nanti.

Lagu sendiri yang istimewa…

Tu susah nak cakap, kerana banyak lagu-lagu saya berkaitan dengan saya. I really cannot pick one. Setiap lagu dalam album sebelum ini saya pilih sendiri dan ada berkaitan dengan kehidupan dan karekter saya jadi semuanya istimewa dan dekat dengan saya.

Percutian idaman…

Oh, saya ada dengar cerita pasal Caribbean Cruise di kepulauan Caribbean. Ada orang cakap pulau tu cantik dan itu antara idaman saya, cruise, Greek Island, dan saya juga sukakan percutian di kawasan pergunungan dan of course, bandar. Tapi pilihan utama sudah tentu Caribbean Cruise. Hopefully one day ada rezeki nak pergi.

Gen Y…

Saya ramai juga kawan-kawan yang Gen Y dan ada banyak benda yang saya belajar daripada mereka. Kita kena pandai menyesuaikan diri dan at the end of the day, tidak kira persahabatan kita dari generasi mana pun asalkan kita boleh saling berkait, memahami antara satu sama lain, it's beautiful.

Hujung minggu…

Santai, kopi-kopi, makan-makan, lepak-lepak, kawan-kawan, keluarga dan diri sendiri. Kalau ada persembahan pun, saya akan habiskan malam hujung minggu dengan bersantai bersama mereka.

Cerewet...

Ada perbezaan yang jelas diantara cerewet dan teliti. Saya seorang yang cukup teliti dan alhamdulillah saya didampingi dengan team yang sangat membantu. Setiap lagu yang saya pilih juga milik komposer yang cukup teliti.

Laman sosial…

Anuar Zain baru sahaja buka akaun Instagram, @anuarzainnetwork beberapa hari yang lepas dan Facebook Anuar Zain Network pun dah hampir setahun. Ia diuruskan oleh pihak pengurusan saya. Saya memilih untuk membuka akaun Instagram pun kerana semua orang pun kini ada akaun masing-masing jadi why not? Saya sedar orang nak info cepat dan pendedahan di laman sosial adalah meluas jadi tidak salah saya kongsikan gambar ataupun sedikit rakaman saya di dalam studio di laman sosial untuk peminat di luar sana tahu bagaimana keadaan sesuatu proses rakaman lagu itu berlangsung.
 
 
Comments



Back to top