Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Anda Jenis Menantu Bagaimana?

Enam jenis menantu (perempuan)... sebahagiannya mampu membuat mertua tepuk dahi.

0
comments
Anda Jenis Menantu Bagaimana?
Hanis Zalikha bersama ibu dan bapa Hairul Azreen (Gambar: budiey.com)

Alam perkahwinan itu ada pasang dan surutnya. Lima tahun pertama perkahwinan pasangan sering diuji dengan masalah dan kekurangan terutama wang ringgit. Ada pasangan yang diuji dengan kemelut antara menantu dan mertua yang tidak berkesudahan... Ada menantu memendam perasaan melihat karenah mertua, tidak kurang juga mertua yang panas hati dengan perangai menantu.

1) Menantu pilihan

Menantu yang tergolong dalam kelompok ini kebiasaannya terdiri daripada golongan wanita yang mempunyai ciri serta sifat ‘perempuan melayu terakhir’. Pandai mengambil hati suami dan keluarga mertua, pandai selok belok di dapur, ringan tulang membantu kerja-kerja rumahtangga dan penyabar.

Gambar: panduanpercuma.info

2) Menantu pemalas

Menantu jenis pegang penyapu pun payah ini semakin ramai di pasaran. Mungkin disebabkan faktor wanita hari ini yang bekerjaya, cuti hujung minggu hanya ingin digunakan untuk berehat dan berehat. Sekali sekala pulang ke rumah mertua, langsung enggan membantu meringankan bebanan keluarga atau membuat kerja rumah. Itu belum masuk bab memasak.

Gambar: worldartsme.com

3) Menantu naif

Dia seorang yang lurus bendul dan langsung tidak tidak menguruskan rumahtangga tetapi menantu jenis ini menunjukkan kesungguhannya untuk membantu. Sejujurnya mengaku kekurangan diri dan cuba menuntut ilmu rumahtangga daripada ibu mertua, sudah tentu anda akan dinaikkan taraf kepada menantu pilihan.

Gambar: missflyfluffy.blogspot.com

4) Menantu hantu

Pantang salah sikit sudah tentu kekuatan vokalnya mencapat tahap oktet. Menantu jenis ini hanya cakap dia sahaja yang betul. Dia enggan mendengar apatah lagi menerima nasihat. Jika anda tergolong di dalam kelompok ini dan anda mendapat ibu mertua yang mempunyai sikap yang sama, tentunya akan tercetusnya perang dunia kedua yang tidak akan aman sampai bila-bila. Buang-buanglah angin di dalam badan tu ya.

Gambar: thesparkinthedark.files.wordpress.com

5) Menantu propa

Di hadapan mertua dialah yang terbaik. Di kalangan ipar duai juga dialah contoh. Tetapi dalam diam dia mencungkil rahsia keluarga suami dan memburuk-burukkannya di hadapan keluarganya. Jika bermentuakan keluarga kaya pula, dialah tukang hasut suami untuk merebut harta sehingga keluarga berpecah belah. Jaga-jaga, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Bila tembelangmu pecah, tiada ayat di dunia mampu mengembalikan keakraban hubunganmu dengan mertua dan ipar duai.

Gambar: proprofs.com

6) Menantu cemburu buta

Sudah namanya perempuan, jika boleh segalanya ingin dijadikan milik mutlak. Enggan didua dan berkongsi kasih walau dengan ibu mertua sendiri. Diam-diam mengadu domba, membuat suami percaya dengan sendaloka dan drama air mata. Sehingga akhirnya si suami menjadi anak derhaka.

Gambar: funinmarriage.com
 
 
Comments