Rojak Daily Logo

Resipi Sihat Bertenaga Bersama Sherson

0
comments
Resipi Sihat Bertenaga Bersama Sherson

Rasai sendiri keenakan resipi sihat yang dikongsi Sherson Lian dengan beberapa jenis sayuran yang jarang digunakan rakyat Malaysia dalam penyediaan hidangan dan tip makanan sihat sepanjang Ramadan.

“Ramai yang menganggap tubuh memerlukan nasi ketika bersahur bagi membekalkan keperluan tenaga sepanjang hari. Hakikatnya, makanan lengkap yang sempurna dengan semua gizi lebih menjadi keutamaan”. Ujar duta Quaker Oat yang mengakui pernah merasai sendiri pengalaman berpuasa beberapa tahun lalu.

Dalam pertemuan singkat itu, Sherson sempat berkongsi tiga tip menyediakan hidangan ikan sempurna. Menurutnya apa yang penting minyak perlu betul-betul panas sebelum memasak apa jua makanan bagi mengelakkannya melekat pada kuali, selain itu ikan tidak boleh diterbalikkan melebihi dua kali ketika menggoreng dan sangat sesuai dimasak bersama daun thyme bagi membangkitkan aromanya.

Salad Ikan Talapia Bersama Quaker

2 keping filet ikan talapia2 biji putih telur

Daun thyme

Butter

Minyak

Bahan A

2 1/3 cawan Oatmeal 

1 biji Bawang besar

Serbuk lada hitam

Garam bukit

Serbuk bawang putih

Bahan dressing

Minyak zaitun

Mustard

Madu

Jus lemon

Beetroot (stim)

Butterhead lettuce (daun salad)

Bawang besar

Oat for rice (direndam dalam air seketika)

Cara membuatnya:

Kisar kesemua bahan A separuh halus dan asingkan. Ratakan bahagian kulit ikan talapia dengan putih telur dan salutnya dengan bahan A yang telah dikisar. Taburkan garam bukit di bahagian isi ikan. Panaskan minyak dan masukkan ikan tilapia. Pastikan bahagian kulit ikan telah garing sebelum ikan diterbalikkan. Apabila ikan hampir masak, masukkan daun thyme bersama sedikit butter di atas ikan. Bahan dressing; Stim beetroot dan potong dadu, hiris bawang besar atau bawang Bombay, hiris kasar butterhead lettuce. Campur kesemua bahan ini di dalam sebuah bekas. Masukkan minyak zaitun, mustard, madu, jus lemon dan oat for rice yang telah direndam seketika. Keluarkan ikan dan hidang bersama dressing.

Ikuti temubual ringkas kami bersama Sherson

 
 
Comments