Rojak Daily Logo

Jenis-jenis Baju Raya yang Pasti Dapat Approval Bakal Mak Mertua

0
comments
Jenis-jenis Baju Raya yang Pasti Dapat Approval Bakal Mak Mertua
Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, marhaban yaa Ramadhan! Hah tipu lah kan kalau lagu ni tak bermain di kepala korang setiap kali bulan puasa menjelma. Jadi, selain menunaikan ibadah puasa dan terawikh, macam mana pula dengan persiapan raya korang? Dah fikir dah nak pakai baju tema warna apa tahun ini? Ataupun korang jenis yang tak kisah janji ceria? Apa-apa pun, yang penting sekali adalah baju sewaktu beraya ke rumah mertua atau bakal mertua. Yang baru nak berkenalan dengan bakal mertua, mestilah nak make a good first impression kan? Nah, kami sediakan senarai baju yang confirm mak mertua approve!

JUBAH

 

A photo posted by CalaQisya (@calaqisya) on


Jubah ni memang sejenis baju yang orang kata tak ditelan dek zaman. Zaman sekarang ni, macam-macam jenis rekaan jubah yang kita boleh jumpa dan yang paling best, tak kisah lah kita ni saiz apa, mesti jubah tu nampak cantik dan terletak je. Kalau pakai jubah bunga-bunga macam ni pulak, mesti hati mak mertua pun berbunga-bunga je tengok kita. Hehe.

KHIMAR

Gambar: Calaqisya
Allahu! Sebaik sahaja korang melangkah masuk rumah bakal mertua, pasti soalan pertama yang ditanya adalah “bila boleh datang merisik?” Khimar ni sebenarnya adalah salah satu pakaian tradisional orang Arab dan juga popular di Indonesia. Sesiapa yang memakai khimar ni memang akan kelihatan manis dan ianya juga menjimatkan masa sebab boleh jadi telekung! Nak solat di mana-mana dan bila-bila masa tak menjadi masalah.

BAJU KURUNG LABUH

 

Baju kurung klasik yang diberi nafas baru ni memang to die for! Perincian di lengan membuatkan baju kurung ni tampak lebih elegan. Potongan split di tepi baju pula memudahkan si pemakai untuk bergerak. So, takde lah korang jalan terkedek-kedek bila nak tolong bakal mak mertua kat dapur, kan? Hehe. Kalau yang jenis tak suka pakai kain pun boleh padankan baju tersebut dengan seluar palazzo.

BAJU KURUNG MODEN

Gambar: Calaqisya
Suka pakai baju kurung tapi nak kelainan? Baju kurung moden ni lah jawapannya! Cantik kan corak yang diinspirasikan dari corak porselin China ini? Silap-silap boleh matching dengan pinggan mangkuk dekat rumah bakal mak mertua tu. Hehe. Potongan baju ala kimono ini pasti menjanjikan keselesaan buat si pemakai. Tapi yang paling kami berkenan sekali adalah tang poket tu. Comel je, boleh isi kuih raya atau duit raya.

BAJU KURUNG PEPLUM

Gambar: Calaqisya
Kalau korang nak tahu, baju kurung peplum ni sebenarnya adalah antara senjata rahsia seorang wanita. Kenapa? Sebab lepas makan tak ingat dunia, mula lah perut membuncit. Pastu bila nak duduk, mesti rasa senak atau tak selesa. Nasib baik pakai baju kurung peplum ni, nak duduk, berjalan, berpusing ala princess, semuanya boleh. Kalau dah bosan pakai dengan kain, nak pakai dengan seluar pun tetap nampak cantik.

BAJU MELAYU

Gambar: Calaqisya
Haa, jangan ingat para wanita je yang kena jaga penampilan. Kaum Adam pun sama tau! Rekaan baju Melayu ni nampak kemas dan bergaya. Kain yang digunakan nampak macam sangat lembut dan selesa, kalau tertidur pun mesti nyenyak je. Apa salahnya, sekali sekala-sekala pakai macam ni bila melawat bakal mak mertua kan? Silap-silap bakal pak mertua korang pun tanya beli kat mana, sebab nampak macam best je.

KURTA


Kurta ni khas untuk jejaka yang malas nak pakai baju Melayu tapi masih nak kelihatan segak. Rekaan yang simple tapi mewah ini direka khas dengan poket tepi yang sangat rare. Pendek kata, kurta ni memang boleh menambat hati bakal mak mertua. Mungkin ianya akan mengingatkan bakal mak mertua korang kepada hero Hindustan yang dia minat tu, terus bagi green light untuk korang masuk meminang.

Jadi, korang dah buat keputusan nak pilih baju yang mana? Kalau korang tak tahu kat mana nak dapatkan koleksi baju raya Calaqisya #Calaraya2016 yang cantik, menepati syariah, dan paling penting sekali mendapat approval mak mertua ni, boleh lah layari laman web Calaqisya atau lawati laman Instagram dan Facebook mereka untuk katalog penuh. Melainkan korang jenis yang kena tengok baju tu depan-depan, bolehlah kunjungi butik mereka di Shah Alam, Bangi, Ipoh, atau Johor Bahru.
 
 
Comments