Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

7 Cara Anda Boleh Dapatkan Makanan Halal Di Luar Negara

Mencari makanan halal tidaklah terlalu sukar.

0
comments
7 Cara Anda Boleh Dapatkan Makanan Halal Di Luar Negara
Gambar: thehalalguys.com
Apabila melancong ke negara bukan Islam atau majoriti penduduknya tidak beragama Islam, makanan halal menjadi persoalan utama. Ada kalanya sukar untuk mencari makanan halal di negara-negara luar namun itu bukan penghalang untuk anda pergi meluaskan pemandangan dan pengalaman ke negara orang. Kami sediakan tips bagaimana mencari makanan halal untuk anda yang suka mengembara.

1)    Logo halal

Halal-food.jpg
Gambar: magazine.islamicmarriage.com

Carilah restoran yang mempunyai sijil halal di premis mereka. Paling mudah, sebelum berangkat ke satu-satu destinasi, cubalah kaji negara yang dituju itu ada atau tidak komuniti Islam tinggal disana. Jika ada, sudah tentu akan ada restoran yang menyediakan menu-menu halal. Anda juga mencari perkongsian mereka yang pernah ke negara tersebut.


2)    Restoran Timur Tengah

halal-paris.jpg
Gambar: blogs.reuters.com

Carilah restoran-rostoran yang menyediakan makanan timur tengah. Kebanyakan restoran tersebut menyediakan masakan yang halal kerana mereka beragama Islam. Jika masih ragu-ragu, anda boleh bertanya sendiri kepada pengurus restoran sebelum memesan sebarang menu.


3)    Seafood

grilled-seafood-platter-20500_l.jpeg
Gambar: www.taste.com.au

Jika masih belum bertemu dengan mana-mana restoran halal sedangkan anda sedang lapar teruk, anda boleh makan makanan yang berunsurkan makanan laut seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Namun, anda masih perlu berhati-hati agar tiada penggunakan alkohol, wain atau lemak haiwan yang digunakan.


4)    Makanan segera

Maggi.jpg
Gambar: mimyara.blogspot.com

Bawalah beberapa pek makanan ringan dari Malaysia seperti mee segera, oat, sambal tahan lama, kekacang, bar coklat tenaga untuk mengalas perut dan mengelak dari anda menderita kelaparan.


5)    Istilah khinzir

Stilt-House-Restaurant-King-of-Free-Range-Pork.jpg
Gambar: www.haivenu-vietnam.com

Pelajari bahasa-bahasa lain atau istilah nama bagi daging khinzir yang digunakan dalam menu makanan di negara yang bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya. Ia memudahkan anda untuk memilih restoran dan menu supaya tidak tercari-cari orang untuk bertanya.


6)    Vegetarian

vegetarian-and-vegan-hero-9bd99fb5-f500-4319-bd89-eb49912e6469-0-472x310.jpg
Gambar: olivegardensouprecipes.com

Anda juga boleh memilih makanan vegetarian yang dirasakan tidak mengandungi alkohol atau sebarang unsur khinzir. Jika tidak pasti, anda boleh bertanya pada pelayan restoran untuk memberi ulasan atau cadangan makanan.


7)    Masak sendiri

1556932_500c3981.jpg
Gambar: www.humanityhallows.co.uk

Anda juga boleh pergi ke pasar atau kedai orang tempatan untuk membeli bahan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu, keju dan sebagainya untuk dinikmati. Jika terjumpa kedai yang menyediakan daging halal, lagi seronok. Penting juga untuk anda membawa bekas makanan sendiri untuk anda nikmati masakan anda di dalam hotel. 

 
 
Comments



Back to top