Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Makans: Murtabak Kraker

Mudahnya menyediakan hidangan minum petang murtabak kraker

0
comments
Makans: Murtabak Kraker


Sebut sahaja murtabak, ramai yang membayangkan cara penyediaannya yang rumit dan cukup kompleks. Hakikatnya, hanya mampu menyediakan hidangan murtabak buat ahli keluarga dalam tempoh beberapa minit sahaja! Bahannya juga cukup mudah disediakan.
 
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
450 gram daging kisar
¼ sudu besar serbuk kunyit
1½ sudu besar serbuk kari
Secubit garam
2 ½ sudu besar minyak masak
Daun bawang
6 keping biskut cream craker
2 biji telur
Sedikit air
 
Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan daging kisar. Biarkan seketika sehingga daging bertukar warna. Masukkan serbuk kunyit, serbuk kari dan secubit garam. Biarkan seketika sehingga air daging mengering.
 
Rendam biskut ke dalam air selama seminit setiap bahagian. Angkat dan susun di dalam bekas. Pukul sebiji telur dan tuang ke atas biskut. Masukkan daging kisar yang siap dimasak. Kemudian, taburkan daun bawang dan tutup murtabak dengan susunan biskut. Pukul dan tuang sebiji telur di atas murtabak.
 
Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius dan bakar selama 30 minit.
 
 
 
Comments



Back to top