Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

11 Berus Solekan Wajib Ada Dan Kegunaannya

Solekan anda pasti memukau!

0
comments
11 Berus Solekan Wajib Ada Dan Kegunaannya
Gambar: www.sedonalace.com
Berus solekan sangat memainkan peranan penting dalam hasil solekan yang cantik. Jika sebelum ini anda gemar menggunakan jari ataupun satu berus untuk semua kegunaan, kini ada perlu mencari 11 batang berus solekan ini dan hasil solekannya pasti vavavom!

1)    Berus foundation

foundation-brush-1.jpg
Gambar: Mac Cosmetics

Berus foundation digunakan untuk meletakkan bedak asas jenis cecair atau krim di bahagian muka dan meratakannya. 

Alternatif: Ia juga boleh digunakan untuk meletakkan bedak asas di bahagian bawah mata untuk menghilangkan eye bag anda.


2)    Beauty blender

beautyblender.jpg
Gambar: news.health.com

Span lembut ini digunakan untuk meratakan bedak asas terutamanya di bawah bahagian mata dan tulang pipi. Anda juga boleh rendamkan span dalam air dan tekap pada bedak asas untuk hasil yang sempurna.

Alternatif: Disaat kecemasan, anda boleh menggunakan span ini untuk meletakkan pemerah pipi dan menghilangkan cela akibat solekan yang berlebihan.


3)    Berus highlighter

1458862972-anastasia-highlighter-brush-2.jpg
Gambar: Marie Claire

Berus besar ini sempurna untuk meletakkan bronzer dan pemerah pipi disekitar tulang hidung dan tulang pipi.

Alternatif: Boleh menghilangkan lebihan solekan di wajah.


4)    Berus concealer

concealer.jpg

Gambar: Marie Claire

Berus kecil ini digunakan untuk meletakkan titik-titik kecil concealer di wajah bagi menutup cela kemudian ratakannya.

Alternatif: Berus ini boleh digunakan untuk membersihkan tepi lipstick yang tidak kemas. 


5)    Berus contouring

contouring.jpg
Gambar: Marie Claire

Berus condong ini memudahkan anda membentuk tulang pipi dengan bedak yang lebih gelap sedikit. 

Alternatif: Selain contour di wajah, anda boleh gunakan untuk contour di bahagian kulit lain serata badan seperti leher dan dada. 


6)    Berus eye-shadow

eye-shadow-brush.jpg
Gambar: Marie Claire

Gunakan berus ini untuk meratakan pembayang mata versi serbuk ataupun krim. 

Alternatif: Layangkan pada garisan bawah mata untuk hasil yang lebih smokey.


7)    Berus eye-liner

1458861693-japonesque-angled-eyeliner-brush-lori-crop.jpg

 
Gambar: Marie Claire

Berus ini untuk melukis garisan mata bercirikan krim ataupun gel. 

Alternatif: Boleh digunakan untuk menambah kesan hitam pada kening untuk kelihatan lebat.

8)    Berus powder

powder-brush-1.jpg
Gambar: Tarte Cosmetics

Berus panjang dan tebal ini digunakan untuk meratakan loose powder.

Alternatif: Boleh digunakan untuk memerahkan pipi dengan blusher.


9)    Berus bibir

1458863507-lancome-lip-brush-lori-crop.jpg
Gambar: Marie Claire

Sekali anda terbiasa menggunakan berus bibir untuk meletakkan lipstick, pastinya anda tidak mahu meletakkan lipstick terus dari bekasnya ke bibir. Berus membantu meratakan warna untuk hasil yang lebih halus dan penuh.



10)    Berus kening

5482ff37d38a9_-_mcx-best-spoolie-brush-s2.jpg
Gambar: Marie Claire

Berus kening terdiri daripada dua. Satu berus untuk meratakan lukisan yang telah dilukis pada kening untuk hasil yang penuh. Satu lagi untuk meratakan arah kening anda agar kelihatan lebih tersusun satu arah.


11)    Berus kipas

fan-brush-(1).jpg
Gambar: Morphe Brushes

Berus kipas digunakan untuk menanggalkan sebarang bedak yang tidak melekat dan meratakannya. 


Alternatif: Berus halusnya membolehkan anda untuk meletakkan loose powder. 

 
 
 
Comments



Back to top