CLOSE
CLOSE

TGV Central I-City, Shah Alam Nak Belanja Anda Tonton Wayang Percuma

Nak repeat tonton 'Paskal' dan 'Aquaman'!


  • Share:

TGV Central I-City, Shah Alam Nak Belanja Anda Tonton Wayang Percuma

Orang kita kalau beri benda percuma, siapa yang tak mahu kan? Bersempena dengan pembukaan panggung TGV Cinema di pusat membeli-belah terbaharu, Central I-City di Shah Alam, nampaknya TGV nak belanja anda tonton wayang percuma.

 

Promosi yang sudah bermula pada 23 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 31 Mac ini. Selama 9 hari ini, beberapa filem terpilih akan disiarkan secara percuma. Lengkap dengan popcorn percuma.

 

Menerusi perkongsian TGV di laman Facebook mereka, antara filem-filem terpilih itu adalah 'Paskal', 'Aquaman', 'Bohemian Rhapsody', 'How To Train Your Dragon' dan banyak lagi.

 Filem Paskal yang mendapat sambutan hangat tahun 2018.

Anda hanya perlu ke TGV Central I-City dan 1,000 orang yang terawal akan dapat menonton filem pilihan berserta popcorn percuma.

 

Berkongsi gambar panggung baru ini ketika pembukaannya pada 23 Mac yang lalu, nampak orang ramai sedang beratur panjang untuk menebus wayang percuma mereka.

 Orang ramai beratur panjang.

Dua keping tiket diberikan untuk seorang pengguna dan difahamkan tiket wayang percuma ini sudah habis seawal jam 1 tengah hari.

 

Jadi, dalam masa beberapa hari ini, jika anda bercadang untuk menonton filem-filem percuma ini, pastikan anda datang awal dan beratur. Kalau tak, gigit jari kecewa.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top