CLOSE
CLOSE

Puma Suede Tampil Serba Pink Sempena Kerjasama Puma X Barbie

Berharga RM407!


  • Share:

Puma Suede Tampil Serba Pink Sempena Kerjasama Puma X Barbie
Instagram Puma dan Barbie

Tertarik?


Siapa sahaja yang tidak mengenali jenama anak patung terkenal, Barbie? Gabungan Barbie dan salah satu jenama sukan ikonik dunia ini menarik perhatian dunia.

Fesyenista!

Tahun ini, Barbie berkerjasama dengan Puma mengorak langkah dalam dunia streetwear dengan kolaborasi bagi meraikan ulangtahun ke-50 Puma Suede.

 Hanya untuk yang berani.

Tidak hanya kasut, kolaborasi ini lengkap dengan pakaian, aksesori, kasut sehinggakan ada anak patung Barbie yang berpakaian sukan dibikin bersempena kerjasama ini.

 Ada koleksi pakaian.

Tampil sporty dan feminin dalam koleksi Puma X Barbie ini, Puma Suede Barbie ini diberikan sentuhan glamor dengan paduan warna pink raspberry dan hitam dengan kotak yang direka khas.

 Kotak juga direka khas.

Koleksi ini turut menampilkan Puma  Suede serba hitam dengan motif formstrip Barbie hitam-pink dengan pita satin berona senada.

 

Saling melengkapkan koleksi kerjasama dunia jenama gergasi ini, beg dan topi baseball turut direka khas untuk penggemar fesyen.

 Beg pun ada!

Koleksi ini boleh didapati di butik Puma dengan harga USD100 (RM407).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top