CLOSE
CLOSE

Macam-Macam Ada Di Kedah - Selepas Gelung Padi, Bunga Lalang Pula Jadi Viral

Macam di Korea!


  • Share:

Macam-Macam Ada Di Kedah - Selepas Gelung Padi, Bunga Lalang Pula Jadi Viral
Instagram @xhhbxngg, @akmaladzlan dan @mejo_ft

Cantiknya.


Hebat betul negeri Jelapang Padi ni, macam-macam ada! Selepas gelung padi di Sungai Limau, Yan, Kedah jadi viral, kini ada tempat baru pula yang pastinya akan membuatkan netizen bakal serbu.

 

Bertempat di Kuala Ketil, padang bunga lalang ini indahnya bak di Korea. Lokasi tepatnya adalah di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pekan Kuala Ketil, Kedah.

  Asalnya merupakan tanah terbiar.

Siapa sangka daripada belukar, tempat itu bertukar menjadi cantik? Padang seluas satu hektar tersebut dipenuhi bunga-bunga lalang berwarna putih dan kekuningan, cukup tenang, santai dan sesuai dijadikan lokasi bergambar.

 

Memetik temubual penduduk Kuala Ketil di Sinar Harian, padang tersebut merupakan tanah orang. Ia semakin terbiar malah pernah terbakar pada Februari lalu. Selepas kebakaran, lalang tumbuh meliar dan baru-baru ini sahaja lalang tersebut berbunga.

  Kebakaran pada Februari lalu.

Ramai yang akan singgah di padang bunga lalang ini sekitar jam 6 petang dan menginjak ke waktu senja untuk pemandangan matahari terbenam.

 

Menerusi pencarian di laman Instagram, ada beberapa netizen berkongsi gambar mereka di padang bunga lalang tersebut.

  Gambar berpasangan. Kena dengan editing, cantik!Tenang.Dipenuhi bunga lalang berwarna putih.Segak abang ni.  

Jika anda bercadang nak melawat kawasan ini, sentiasa berhati-hati apabila meletakkan kenderaan di bahu jalan.

 

Selain itu, berwaspada juga ketika bergambar kerana dikhuatiri ada haiwan berbisa di tanah terbiar tersebut. Selamat bergambar!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top