CLOSE
CLOSE

Bahaya Urutan Tengkuk Kedai Gunting, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Lega tu memang lega, tapi.....


  • Share:

Bahaya Urutan Tengkuk Kedai Gunting, Ini Yang Anda Perlu Tahu
Facebook Public Health Malaysia

Membahayakan urat tengkuk.


Kalau anda ke kedai gunting rambut, pasti anda akan diberikan urutan tengkuk seusai rambut anda siap dicantas.

 

Ditepuk-tepuk kepala dan dipusing ke kiri dan ke kanan hingga ada bunyi 'crak', rasanya memang lega.

 

Namun menurut Facebook Public Health Malaysia, urutan tengkuk yang selalu anda buat selesai menggunting rambut itu sebenarnya merbahaya.

 Bahaya urutan tengkuk.

Berkongsi satu kejadian yang berlaku, seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut dan selepas menggunting rambut, tukang gunting memberikan servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Sukar bernafas

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, dia mengadu sukar untuk bernafas dan dikejarkan ke hospital dengan segera.

 

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa.

Saraf tercedera

Sakit tengkuk undang bahaya.

Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

 

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

Apa yang sebenarnya terjadi bila anda mengurut tengkuk?

Tahukah anda, di tengkuk manusia itu mengandungi tulang tulang, sendi, otot dan saraf yang boleh mengalami kecederaan kekal hingga mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang apabila ia cedera.

 

Oleh sebab itu, urutan tengkuk di kedai gunting itu bukan perkara main-main kerana ia boleh mengundang pelbagai kecederaan.

 

Urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dan strok

 

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

 

Jadi, untuk kunjungan seterusnya ke kedai gunting, anda tidak digalakkan untuk menerima urutan leher. Biarpun lega untuk sesetengah individu, ia lebih mendatangkan kemudaratan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top