CLOSE
CLOSE

Baiknya Khasiat Kunyit Pada Kulit, Sampaikan Gajah Ini Pun Sedang Berubat

Ini bukan gajah goreng kunyit.


  • Share:

Baiknya Khasiat Kunyit Pada Kulit, Sampaikan Gajah Ini Pun Sedang Berubat
Twitter @AdabiMY

Alahai, comelnya!


Tahukah anda, kunyit ada pelbagai khasiat yang baik sebagai penawar? Selain hebat digunakan dalam masakan, kunyit juga memberikan manfaat kepada kulit.

 

Atas sebab inilah pihak Adabi Consumer dengan Zoo Negara telah bekerjasama untuk mengubati seekor gajah yang mempunyai masalah kulit seperti luka-luka kecil.

 Kakitangan Zoo dan Adabi melumurkan kunyit pada gajah.

Berlangsung semalam di Zoo Negara, sebanyak 7 kilogram kunyit telah digunakan untuk melumur keseluruhan badan gajah tersebut. Menerusi Twitter rasmi Adabi Consumer, lumuran kunyit itu dibiarkan seketika pada badan gajah terbabit agar khasiatnya meresap masuk ke dalam kulit.

 Comelnyaaa!

Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

Selain pada gajah, anda juga boleh lumurkan kunyit pada kulit. Apakah khasiatnya?

1. Merawat luka kecil

2. Merawat gigitan serangga

3. Bertindak sebagai antiseptik pada kulit

4. Sebagai agen pemulih kulit.

  Siap dilumur.

Satu usaha murni yang bagus dari kedua-dua pihak! Semoga dengan usaha ini, gajah-gajah yang ada di setiap zoo semakin pulih dan terpelihara.

 

Semoga selepas gajah itu dimandikan sehingga bersih, pihak Zoo Negara atau Adabi Consumer akan menghebahkan keadaan kulit gajah yang dirawat menggunakan kaedah kunyit tersebut.

 Semoga cepat sembuh.

Kami yakin selepas ini, makin ramai yang akan mencuba kaedah kunyit ini untuk kebaikan kulit anda. Selamat mencuba!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top