CLOSE
CLOSE

IKEA Batu Kawan Sudah Dibuka, Ini 10 Lokasi OOTD Pilihan Kami

Besar dan cantik!


  • Share:

IKEA Batu Kawan Sudah Dibuka, Ini 10 Lokasi OOTD Pilihan Kami
Azwa/Rojak Daily

Do it for the Gram!


Gedung kelengkapan rumah ala Sweden, IKEA mula bertapak di Pulau Pinang dengan membuka cawangan keempatnya semalam.

 

Berkesempatan menghadiri ucapara pelancaran rasminya, IKEA Batu Kawan menanti pengunjung dengan ruang peruncitan seluas 470,146 kaki persegi hingga kami rasakan IKEA Batu Kawan ini lebih besar berbanding IKEA Damansara dan IKEA Cheras.

 IKEA Batu Kawan telah dibuka.

Bersama-sama hadir bagi melancarkan gedung yang ditunggu-tunggu ini ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Pengarah Urusan Ikea Asia Tenggara, Christian Roejkjaer dan Pengurus Stor Ikea Batu Kawan, A. Pathmalingam.

 Gergaji kayu antara gimik pelancaran IKEA Batu Kawan.

Dengan lebih 300 pekerja menanti kehadiran orang utara, pengalaman membeli-belah di IKEA Batu Kawan pasti mengujakan. Lepas membeli-belah, pastikan anda nikmati menu khas Sweden seperti bebola daging IKEA yang terkenal dan banyak lagi pilihan makanan menanti di restoran.

 

Lapan keistimewaan IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang adalah:

1. Gedung IKEA pertama di utara tanahair.

2. 49 bilik pameran disediakan.

3. Lebih 8,000 produk dijual.

4. 815 tempat duduk di restoran IKEA.

5. 1,955 ruang parkir kereta.

6. Bakeri IKEA.

7. Polisi pemulangan barang selama 365 hari.

8. Smales, tempat permainan kanak-kanak.

 

Menjadi antara yang pertama menyaksikan pembukaan ini, apa yang boleh kami simpulkan, IKEA Batu Kawan ini lain daripada tiga cawangan yang kami sudah pergi.

 300 warga kerja IKEA menanti anda.

Sebanyak RM650 juta diperuntukkan untuk menyiapkan gedung ini, kami begitu tertarik dengan bilik-bilik pameran yang disediakan, memang cantik!

 

Khas untuk warga utara yang gemar bergambar, kami senaraikan 10 ruang untuk anda mengambil gambar outfit of the day (OOTD) di sekitar IKEA Batu Kawan.

1. Bilik pameran ruang tidur

Bercirikan perindustrian.

2. Bilik pameran ruang tidur taman

Taman di luar bilik tidur, why not?

3. Bilik pameran ruang tamu

Ruang tamu dengan tema segar.

4. Bilik pameran kanak-kanak

Be you!

5. Bilik pameran ruang tamu

Antara ruang tamu yang menangkap perhatian kami.

6. Bilik pameran dapur

Sesuai untuk makcik bawang.

7. Tangga ruang parkir, B1

Di tingkat B1.

8. Dinding IKEA

Klasik, wajib ambil!

9.Mural beca di bilik pameran dapur

Mural beca di ruangan dapur.

10. Bilik pameran ruang tidur hipster

Minimalis, bedroom goals!  

IKEA Batu Kawan terletak di Bandar Cassia dan mudah diakses menerusi lebuh-lebuh raya utama. Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, inilah masanya orang utara mengubah kediaman menjadi kediaman idaman bercirikan Sweden dan penuhkan Instagram anda dengan gambar-gambar di sini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top