CLOSE
CLOSE

Blue Hole Ini Dijumpai Di Sabah, Bakal Jadi Syurga Penyelam Skuba

Sabah Ok Bah!


  • Share:

Blue Hole Ini Dijumpai Di Sabah, Bakal Jadi Syurga Penyelam Skuba
Bernama

Cantiknya!


Nampaknya negeri Sabah akan ada tarikan terbaru yang bakal membawa lebih ramai pelancong datang ke sini. Terbaharu, penemuan tapak selam skuba yang dikenali dengan nama Blue Hole di Terumbu Tingkayu, Lahad Datu, Sabah.

 

Blue Hole ini dijumpai oleh sekumpulan penyelam skuba termasuklah penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS). Mereka sedang mengikuti Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel pada 14 Februari yang lalu.

 Penemuan Blue Hole di Sabah.

Untuk pengetahuan anda, Blue Hole itu ditemukan dengan dua struktur lubang biru, dianggarkan sedalam 15 meter (45 kaki) ke dasar laut dan ia merupakan penemuan tunggal seumpananya di Malaysia.

 

Perjalanan ke Blue Hole itu hanya memakan masa 30 minit menaiki bot laju dari Silam Coast Conservation Area (SCCA) dan kedudukannya berdekatan dengan Pulau Sipadan di Semporna. Jadi, pelancong dari Semporna boleh terus ke kawasan Teluk Darvel ini.

  Satu seumpamanya di Malaysia!

Selain boleh dibuka kepada penyelam sebagai 'open water', Blue Hole ini juga boleh dijadikan tapak aktiviti 'sea walking' yang cukup terkenal di pulau di Sabah.

 

Jika Blue Hole ini dipromosikan sebagai tapak selam skuba, ia boleh menjadi tarikan pelancongan hebat sebaris dengan The Great Blue Hole di Belize, Blue Hole Deam di Bahamas dan Dragon Blue Hole di China.

 

Nak tahu macam mana cantiknya Blue Hole yang popular di dunia?

1. The Great Blue Hole, Belize

Tarikan di Belize.

2. Blue Hole Dean, Bahamas

Cantiknya!

3. Dragon Blue Hole, China

Terletak di antara Vietnam dan Filipina.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top