CLOSE
CLOSE

Kenali Le Chiquito - Beg Paling Kecil Di Dunia, Mungkin Boleh Muat Duit Syiling Sahaja

Boleh boleh isi gula-gula mint sahaja.


  • Share:

Kenali Le Chiquito - Beg Paling Kecil Di Dunia, Mungkin Boleh Muat Duit Syiling Sahaja
Getty

Beg tangan paling trending


Ingatkan masuk tahun 2019, dah tiada fesyen pelik-pelik. Namun, kenalkan beg tangan (atau beg jari) paling kecil di dunia.

 

Sememangnya beg tangan merupakan aksesori pelengkap gaya yang wajib untuk dimiliki. Namun bagi satu jenama fesyen dari Perancis ini, Jacquemus' tampil dengan rekaan unik apabila mereka memperkenalkan beg tangan yang mungkin hanya muat disangkut pada jari anda sahaja.

 Bersaiz tapak tangan.

Mungkin sesuai sebagai pelengkap gaya sahaja dan bukan untuk kegunaan harian, beg yang digelar sebagai Le Chiquito itu dijual pada harga AS$500 (RM2,046).

  Bersaiz anting-anting.

Di laman sosial, ramai netizen melabelkan 'beg jari' itu sebagai mengarut tetapi menarik', ia dijangka akan menjadi obsesi baharu dalam kalangan penggemar fesyen di seluruh dunia.

   

Terdahulu, pengasas Jacquemus', Simon Porte pernah menghasilkan beg tote, beg bahu dan beberapa jenis beg lain bersama rangkaian koleksi Le Mini Chiquito serta pernah digayakan oleh selebriti terkenal seperti Rihanna, Dua Lipa dan Kim Kardashian.

 Rihanna dengan koleksi beg tangan, Jacquemus'

Jadi, kepada fesyenista di Malaysia, adakah anda sanggup membayar sejumlah wang untuk beg jari pelengkap gaya ini?


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top