CLOSE
CLOSE

GSC Lancar Pawagam Untuk Kanak-Kanak, Anak Anda Boleh Berlari Sambil Tonton Wayang

Tonton wayang dengan senang hati.


  • Share:

GSC Lancar Pawagam Untuk Kanak-Kanak, Anak Anda Boleh Berlari Sambil Tonton Wayang
GSC

Menarik bukan?


Kalau selama ini anda tak boleh menonton filem kegemaran kerana sudah beranak-pinak dan takut anak anda buat bising dalam dewan pawagam biasa? Masalah anda itu bakal berakhir.

 

Golden Screen Cinema (GSC) memperkenalkan dewan kanak-kanak serba baharu, PlayPlus di GSC cawangan IOI Mall Puchong yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mesra keluarga.

 GSC melancarkan PlayPlus.

PlayPlus dilengkapi dengan tempat duduk rekaan khas beraneka warna yang selesa bagi kegunaan seisi keluarga, malah turut didatangkan dengan ruang bermain untuk kanak-kanak.

 Ruang yang besar untuk keluarga.

Jangan risau untuk golongan ibu bapa muda, ada juga kerusi berpasangan untuk anda.

 

Dewan panggung wayang juga diterangi dengan lampu yang bersesuaian ketika filem ditayangkan bagi membolehkan ibu bapa melihat anak masing-masing.

 Ada ruangan permainan.

Lebih istimewa, GSC IOI Mall Puchong kini turut menempatkan kios Starbucks buat julung kalinya menerusi kerjasama mereka dengan Starbucks Malaysia. Anda boleh bawa minuman Starbucks tersebut untuk dinikmati semasa menonton wayang.

 Kios Starbucks tersedia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Cik Koh Mei Lee, "kami berharap dengan adanya PlayPlus, keluarga akan lebih menikmati momen menonton wayang bersama-sama", ujarnya ketika majlis perasmian GSC PlayPlus pada Sabtu lalu.

 

Sebarang maklumat tambahan dan tempahan, anda boleh semak di www.gsc.com.my.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top