CLOSE
CLOSE

[REVIEW] Apa Yang Kami Suka Dan Tidak Suka Tentang Galaxy S10 Plus

Dua kamera depan digelar sebagai punch hole notch.


  • Share:

[REVIEW] Apa Yang Kami Suka Dan Tidak Suka Tentang Galaxy S10 Plus
Rojak Daily

Skrin masih terbaik


Galaxy S10 telah pun dilancarkan minggu lalu di Genting Highland. Rata-rata nampak gayanya teruja dengan fungsi dan ciri khas yang ditampilkan siri flagship ke 10 Samsung ini.

Kami berkesempatan menggunakannya sebelum lagi ia dilancarkan di Malaysia dan sepanjang dua minggu menggunakannya, ini antara yang kami suka dan tidak suka.

#1 REKAAN


Sekali pandang dan pegang, anda akan terpaku dengan rekaan kali ini. Lebih solid, nipis dan pilihan varian warna juga lebih menyerlah. Model yang diterima pula adalah Prism White dan saya sukakannya, unik! 

Malah dimensi badan peranti ini boleh dikatakan agak kompak memandangkan ia masih terasa kecil walaupun bersaiz 6.4 inci.

Cons: Binaan paparan dengan ratio yang memanjang menyukarkan untuk jari yang pendek mencapai antaramuka (interface) yang berada di atas. Malah rekaan skrin melengkung juga menyebabkan saya beberapa kali tertekan benda yang tidak sepatutnya. Pernah sekali, saya tertekan video call pada Instagram. Jadi, anda kena adjust ataupun pakaikan casing yang lebih selesa untuk digenggam.

#2 PRESTASI


Di Malaysia, pengguna akan menerima varian Exynos 9820 berbanding Snapdragon 855. Secara keseluruhannya prestasi amat baik. Ia antara peranti terpantas saya pernah guna setakat ini termasuklah kelajuan unlock menggunakan pengimbas cap jari Ultrasonic.

Malah ia juga mampu menjalankan operasi gaming dengan baik terutamanya apabila memainkan Fortnite pada kadar 60FPS. Dengan skrin Dynamic AMOLED yang ada pada S10 Plus ini, pengalaman bermain agak puas sebenarnya.

Selain itu, apa yang boleh dipuji kali ini adalah ketahanan bateri yang not bad dan mampu mencapai Screen On Time (SOT) selama 5 jam.

Cons: Jika dibandingkan dengan negara lain terutamanya di Amerika Syarikat, mereka menerima SOC dijana oleh Snapdragon. Ujian perbandingan antara Snapdragon dengan Exynoss menunjukkan, 855 mendahului termasuklah aspek grafik. Alangkah bagusnya jika kita juga menerima SOC ini.
 

#3 KAMERA


Galaxy S10 Plus dilengkapi tiga lensa iaitu 16MP ultra-wide-angle, 12MP wide-angle dan 12MP telephoto. Kamera depan pula dilengkapi 10MP dan 8MP untuk 'depth sensing' (bokeh).

Hasilnya? Anda lihat gambar di bawah, saya menggunakan gambar Ultra-wide, normal/wide dan juga zum. 






Secara keseluruhannya, penggunaan tiga lensa ini membolehkan anda memilih tahap kelebaran yang bersesuaian. Kualiti kali ini lebih bagus daripada lensa digunakan pada Galaxy A9 dan ia lebih kelihatan tajam dan tidak terlalu 'artifical' atau terlebih proses.

Cons: Walaubagaimanapun saya melihat kualiti kamera Samsung adakala terlalu saturated. Contohnya gambar pada bunga di atas, tekstur sedikit hilang. Malah gambar swafoto juga masih ada beauty effect. Bagi kaum lelaki, ianya bukanlah satu perkara untuk dibanggakan, mungkin wanita lebih suka. Masing-masing punya selera lah.

Anda boleh beberapa sample gambar di Instagram saya, Hanafisharis.


Secara keseluruhannya, saya amat menyukai model terbaru Samsung ini. Banyak peningkatakan yang ditampilkan menerusi Galaxy S10 Plus. Nasihat saya, anda cubalah menonton content YouTube menggunakan resolusi 4K HDR60 dan barulah anda menghargai quality skrin peranti anda. (Tetapkan terlebih dahulu resolusi skrin pada QWHD)

Rating Rojak Daily: 4/5

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top