CLOSE
CLOSE

Malaysia Nobatkan Gadis Ini Sebagai Miss Universe Malaysia 2019

Selamat berjaya, Shweta Sekhon.


  • Share:

Malaysia Nobatkan Gadis Ini Sebagai Miss Universe Malaysia 2019

Malaysia telah memilih Miss Universe Malaysia bagi tahun 2019 malam semalam bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

 

Gadis manis, Shwetajeet Kaur, atau lebih mesra dikenali sebagai Shweta Sekhon, 22 tahun dari Kuala Lumpur berjaya menewaskan 18 gadis lain untuk merangkul gelaran Miss Universe Malaysia, sekaligus mewakili tanahair untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe 2019 yang akan diadakan kelak.

  Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon.

Tempat kedua dimenangi oleh Yaw Hui Jing, 25 tahun, manakala tempat ketiga menjadi milik  Tessminderjit Kaur, 23 tahun.

 

Dihoskan oleh Miss Universe 2004, Andrea Fonseka, dan Hansen Lee, majlis yang dihadiri hampir 800 tetamu malam tadi bertemakan 'Beauty Beyond You'.

  Barisan pemenang.

Dianjurkan oleh Miss Universe Malaysia Organization (MUMO), Shwetajeet Kaur membawa pulang gelaran Miss Universe Malaysia dan hadiah wang tunai dan tajaan bernilai RM180,000 serta biasiswa daripada HELP University.

 

Terdahulu, Shweta merupakan pemenang tempat kedua bagi Miss World Malaysia 2016 setelah tumpas kepada pemenang ketika itu, Tatiana Kumar. So girl, dont give up!

  Cantik, bijak dan bergaya.

Miss Universe 2019 edisi ke-68 akan diadakan di Korea Selatan dan akan menyaksikan penyandang terdahulu, Catriona Gray dari Filipina akan menyerahkan mahkotanya kepada juara baru.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top