CLOSE
CLOSE

SkyCab, SkyBridge Dan SkyGlide Langkawi Akan Ditutup Sementara Bermula 1 April

Ditutup selama 2 minggu.


  • Share:

SkyCab, SkyBridge Dan SkyGlide Langkawi Akan Ditutup Sementara Bermula 1 April
Alluring World, www.pdfkitapciniz.com dan Panorama Langkawi

Antara tarikan di Langkawi.


Langkawi merupakan antara destinasi dalam negeri yang menjadi kegemaran ramai. Lengkap dengan pelbagai aktiviti daripada aktiviti air, bersiar-siar mahupun membeli-belah, Langkawi sentiasa kaya pelancong.

 

Antara salah satu tempat yang menarik begitu ramai pengunjung semestinya perkhidmatan kereta kabel SkyCab Langkawi. Namun, ada berita kurang baik untuk mereka yang merancang untuk ke Langkawi pada 1 April ini.

 Pengumuman rasmi.

Operasi SkyCab akan ditutup buat sementara waktu kepada orang awam selama 14 Hari bermula 1 April untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

 

Penutupan setahun sekali ini turut membabitkan SkyBridge, jambatan gantung gantung di gunung Machincang serta SkyGlide, kabin bergerak yang akan memudahkan perjalanan anda ke SkyBridge.

 SkyBridge ditutup sementara.

Mengeluarkan notis penutupan sementara itu di laman web rasmi Panorama Langkawi, anda yang merancang untuk berjalan di atas SkyBrigde nampaknya perlu ditunda namun, anda masih boleh datang ke sini.

 SkyGlide.

Hal ini kerana tarikan lain seperti SkyDome, 6D Cenimotion, SkyBoutique, 3S Art Langkawi, Time Travel, SkyAdventure Park dan One Stop Center masih beroperasi seperti biasa.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top