CLOSE
CLOSE

Lihat Bagaiamana Individu Ini Mengubah Rumah Buruk Ke Rumah 'Super Hipster'!

Dimana ada kemahuan...


  • Share:

Lihat Bagaiamana Individu Ini Mengubah Rumah Buruk Ke Rumah 'Super Hipster'!
Mohdkhairul

Perubahan 'super' drastik


Siapa kata rumah yang buruk tidak boleh dicantikkan? Semuanya bergantung pada kreativiti dan usaha penghuni atau pemilik rumah itu sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Khairul MK ini, rumah yang dibelinya ini ditukar habis-habisan.

Menurut entri Facebook individu ini, dia menyatakan hanya mahukan konsep industri yang bukan semata mata 'nampak industri' hanya pada perabot.

Jelasnya dia mahukan rumah idaman, bukan rumah ortodok seperti dalam kehidupan zaman lalu.

"Bukan rumah yang dibina untuk 'impress' sedara mara bila raya, bukan rumah yang sofa hanya tetamu boleh duduk, pinggan mangkuk mahal dalam almari dan hanya boleh guna bila orang datang," katanya.

Anda boleh lihat gambar sebelum ini di bawah.




Menurutnya lagi, konsep rumah yang agak berbeza itu berkemungkinan disebabkan dia sering ke Jepun dan Australia.

Katanya, Jepun adalah 'minimalist' setiap ruang mesti digunakan sepenuhnya dan tiada benda benda merepek yang tidak patut. Australia pula, mereka punya tanah dan rumah yang luas tetapi mereka juga minimalist. 

Ada ruang makan, ada ruang keluarga dan ada 'Mancave/Garage'' hanya untuk bapa/suami berehat.

Sekarang, dia kini boleh berbangga apabila rumah yang sebelum ini digelar sebagai 'Sampah Penagih Dadah' kini menjadi rumah impian beliau. Anda boleh lihat perubahannya di bawah.





Untuk lebih gambar dan posting berkaitan pengubahsuaian rumah, anda boleh lihat di Facebook Mohd Khairul MK.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top