CLOSE
CLOSE

Carl's Jr. Mahu Belanja Anda Makan Burger Percuma Selama Setahun

Jadi 100 yang terawal sampai di Carl's Jr. SS15, hari Sabtu ini!


  • Share:

Carl's Jr. Mahu Belanja Anda Makan Burger Percuma Selama Setahun
Facebook Carl's Jr. Malaysia

Sedapnyaaaaaaa!


Siapa peminat burger Carl's Jr.? Kami salah seorang peminat burger enak dengan isi padat keju meleleh ni.

 

Tambah istimewa buat warga Subang Jaya apabila Carl's Jr. akan membuka cawangan terbaharunya di SS15.

 Rebut, jangan tak rebut.

Dan tahukah anda, bersempena dengan pembukaan cawagan baru ini, Carl's Jr mahu belanja anda bekalan burger enak selama setahun, yup betul, setahun!

 

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu jadi yang terawal untuk sampai ke majlis pembukaan cawangan Carl's Jr. di SS15, Subang Jaya pada 9 Mac ini. Tanpa perlu sebarang pembelian pun, jadilah 100 orang terawal dan anda akan mendapat vouncher burger percuma selama setahun.

 Kegemaran kami di Carl's Jr.

Selain daripada promosi burger percuma setahun ini, ada beberapa lagi tawaran menarik antaranya, anda boleh dapatkan burger Western Combo pada harga RM10.80 (harga asal RM23.70). Tawaran ini terhad pada 100 orang set pertama setiap hari selama tiga hari.

 

Di Facebook Carl's Jr. Malaysia, netizen sudah membanjiri ruangan komen dengan berkongsi keterujaan mereka.

 

Jangan lupa tanda kalender anda pada 9 Mac ini, Sabtu untuk anda beratur awal pagi. Voucher burger setahun tu, siapa nak bagi? Dan pastinya ada terma dan syarat yang perlu anda patuhi. Penggemar burger dan makanan segera, selamat beratur!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top