CLOSE
CLOSE

Plug-in: Edifier W310BT Antara Audio Bluetooth Termurah, Tapi Adakah Kualitinya Pun Murah?

Warna merah paling menyerlah!


  • Share:

Plug-in: Edifier W310BT Antara  Audio Bluetooth Termurah, Tapi Adakah Kualitinya Pun Murah?
Rojak Daily

Bateri paling mengagumkan saya.


Jika dilihat pada perubahan teknologi 2019 ini, berani saya katakan zaman aksesori berwayar hampir berakhir. Ia tidak lah tamat sepenuhnya, namun pengguna kini sudah beralih dengan pengunaan tanpa wayar.

Malah jika melihat dari segi penggunaan peranti audio semua sudah beralih kepada penggunaan jenis bluetooth. Bagaimanapun satu perkara yang membelenggu pengguna adalah dari segi harganya pula.

Kami berkesempatan menggunakan peranti audio earphone dari Edifier iaitu W310BT dan hasilnya di luar jangkaan. Ini antara ulasan Plug-in.


Kita mula dengan aspek rekaan kerana ia kelihatan sungguh 'sporty' dan moden dengan bentuk U serta penggunaan material yang lembut dan boleh dilaras. Ia bagus untuk anda yang lasak! Ia juga mempunyai IPX5 yang melindungi peranti dari keadaan yang basah terutama jika anda berpeluh. 

Dari segi dalaman, ia dilengkapi teknologi Bluetooth 4.2 dan paling penting ia mampu bertahan hampir 9 jam! Yup guys, sepanjang penggunaan saya, ia mampu bertahan sehingga berhari-hari (mungkin 3 hari) disebabkan saya tidaklah terlalu kerap mendengar lagu.

Namun jika anda seorang yang 'heavy user' maka ia mungkin mampu bertahan kurang daripada itu.

]

Kualiti?


Jika anda mahukan peranti lasak dengan harga yang murah dan pada masa sama tidak terlalu mengharapkan kualiti di luar radius harga, maka W310BT boleh saya katakan pilihan terbaik.

Memang pada awalnya, saya mengharapkan kualiti bass berada di tahap baik, namun ia sekadar di tahap memuaskan saja. Walaubagaimanapun jika melihat kualiti dan harganya, anda pasti tiada masalah dengan kualitinya. 


Walaubagaimanapun jika melihat kualiti dan harganya, anda pasti tiada masalah dengan kualitinya. 

Malah kualiti bunyi dikeluarkan mengingatkan saya pada earphone bluetooth yang berharga sekitar RM400 yang pernah saya miliki. Kurang bass, tetapi seimbang. 

W310BT ini dijual pada harga RM199.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top