CLOSE
CLOSE

Jaket Captain Marvel Ilham Pereka Alia Bastamam Ini Nampak Gagah!

Terhad untuk 40 pemilik sahaja.


  • Share:

Jaket Captain Marvel Ilham Pereka Alia Bastamam Ini Nampak Gagah!
Instagram Petron Malaysia

Segak!


Esok filem adiwira dinanti-nantikan bakal berada di pawagam. Captain Marvel lakonan Brie Larson digambarkan sebagai seorang yang gagah dan berjiwa cekal.

Akan berada di pawagam 6 Mac ini.

Bagi peminat Marvel Studios khususnya Captain Marvel, kini anda boleh dapatkan jaket eksklusif Captain Marvel yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Malaysia, Alia Bastamam.

 

Kolaborasi di antara Petron dan Alia Bastamam bagi menghasilkan jaket ini adalah sebagai langkah mempromosikan filem itu lagi.

 Hadir dalam dua rekaan.

Bagi pemenang Pereka Terbaik 2017 di KL Fashion Week ini, kerjasama seperti ini membuahkan keterujaan buat dirinya sekaligus mempromosikan koleksi ready-to-wear di bawah label Alia B.

 

Hadir dalam dua warna, dua bulan diperuntukkan untuk menyiapkan rekaan ini. Mahu mencari keseimbangan dalam sesuatu rekaan itu agar ia tidak terlalu maskulin dan tak terlalu feminin, Alia memilih rekaan jaket bomber dan military jaket dari fabrik neoprene yang sesuai digayakan oleh sesiapa pun.

 Smart!

Dua rekaan itu hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan biru cair dengan dua konsep ketenteraan (military) dan gaya sporty.

 

Bercerita mengenai penggayaan jaket tersebut, Alia memberi idea rekaan yang memiliki suntikan kedua-dua gaya itu sesuai digayakan bersamaprinted skirt, atau jeans dan sesuai sebagai pakaian harian.

 Terhad untuk 40 orang sahaja.

Jaket ini hanya terhad untuk 40 orang sahaja. Anda boleh bawa pulang jaket ini dengan menjadi Ahli Petron Miles dan berbelanja minimum RM50 untuk layak mendapat cabutan bertuah.

 

Peraduan ini sudah bermula pada 21 Februari hingga 6 April 2019 di mana-mana 630 stesen minyak Petron di Malaysia.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top