CLOSE
CLOSE

Bali 'Tidak Beroperasi' Selama 24 Jam Pada 7 Mac Ini Bersempena Hari Raya Nyepi

Dilarang buka lampu, bersiar dan talian internet juga dihentikan.


  • Share:

Bali 'Tidak Beroperasi' Selama 24 Jam Pada 7 Mac Ini Bersempena Hari Raya Nyepi
Pegipegi

Hari Raya Nyepi.


Setiap agama dan budaya di dunia memiliki caranya tersendiri bagu meraikan kedatangan tahun baru, begitu pun dengan masyarakat Hindu di Bali yang merayakan tahun baru berdasarkan kalender saka tradisional yang dipanggil Hari Raya Nyepi.

 

Tahun ini, Hari Raya Nyepi jatuh pada 7 Mac hingga 8 Mac 2019.

 Meraikan tahun baru penganut Hindu Bali.

Apa yang anda perlu tahu tentang Hari Raya Nyepi?

1. Perkataan‘nyepi’ berasal daripada sepi yang bererti sunyi dan senyap. Hari Raya Nyepi merupakan perayaan Tahun Baru Hindu dimana Nyepi mengajak penganutnya untuk mempersiapkan jiwa menghadapi setiap halangan hidup di tahun baru.

2. Hari Raya Nyepi berlangsung di seluruh wilayah Bali. Umat Hindu Bali akan menzahirkan ketaatan dengan berdiam dan berada dalam kegelapan selama 24 jam.

3. Tujuan utama Hari Raya Nyepi adalah untuk memohon kepada Tuhan untuk menyucikan Bhuana Alit(alam manusia)danBhuana Agung (alam semesta).Bagi masyarakat Hindu Bali, Nyepi adalah hari untuk mengembalikan keseimbangan di alam semesta.

Upacara Nyepi.

4. Suasana akan menjadi sunyi sepi dan tidak ada sebarang aktiviti diadakan di atas jalan raya, tempat-tempat lawatan, tempat kerja dan sebagainya.

5. Pada waktu malam, semua lampu tidak boleh dinyalakan. Lampu di hotel-hotel juga ditutup dengan tirai agar tak ada cahaya langsung yang memancar keluar. Untuk memastikan suasana sentiasa senyap, ada petugas keagamaan yang membuat rondaan di kawasan sekitar.

6. Jika tahun lalu, perkhidmatan internet dihentikan selama 24 jam ketika hari Nyepi, tahun ini juga perkara yang sama juga akan berlaku.

Airport Bali tidak beroperasi selama 24 jam.

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, Bali akan ditutup selama 24 jam ketika perayaan Nyepi. Sebarang operasi termasuklah keberangkatan atau ketibaan akan dihentikan.

Ini tips yang perlu anda ikut jika berada di Bali ketika Hari Nyepi

1. Ketika Hari Nyepi, anda tidak boleh keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar. Namun ini tidak bermakna anda hanya perlu duduk diam di dalam bilik hotel. Anda masih boleh keluar ke kawasan kompaun hotel.

Jalan raya sepi dan dijaga oleh petugas keagamaan.

2. Bawa bekalan wang dan ubat-ubatan yang mencukupi kerana semua kedai tidak beroperasi ketika Hari Nyepi. Mesin ATM juga dimatikan.

3. Jangan lupa simpan bekalan makanan dan minuman. Kedai serbaneka dibuka sehingga jam 10 malam, sehari sebelum Hari Nyepi.

4. Jika anda memilih untuk berada di dalam bilik hotel sahaja, jangan pasang televisyen atau muzik terlalu kuat.

Pantai juga tiada orang.

5. Anda tidak dibenarkan menyalakan sebarang lampu ataupun api. Jika mahu menyalakan lampu di bilik hotel, pastikan tirai tingkap tertutup rapat untuk mengelakkan cahaya keluar.

6. Jika anda sakit, maklumkan kepada pihak hotel dan mereka akan menghubungi ambulans. HANYA ambulans sahaja yang dibenarkan berada di atas jalan raya ketika Hari Nyepi berlangsung.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top