CLOSE
CLOSE

Cantik! Belum Siap Sepenuhnya Lagi, 'Jambatan Angkat' Ini Dah Popular Sebagai Lokasi Bergambar

Bakal dibuka pada April 2019.


  • Share:

Cantik! Belum Siap Sepenuhnya Lagi, 'Jambatan Angkat' Ini Dah Popular Sebagai Lokasi Bergambar
Instagram @amazingterengganu, @mhaizie88 dan @ghazali.kori

Jambatan kebanggaan Terengganu.


Fuh, cantik betul gambar-gambar netizen di Jambatan Angkat ni. Belum pun siap sepenuhnya lagi, tapi nampaknya ramai dah bergambar dengan jambatan ikonik Terengganu ini.

Mula jadi tarikan.

Terletak di Kuala Terengganu, Jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu - Kuala Nerus) sejauh 638 meter.

 Kebanggaan Terengganu.

Kenapa dipanggil Jambatan angkat? Ini kerana jambatan ini boleh diangkat di pertengahannya untuk memudahkan laluan kapal-kapal besar. Ia mengambil masa 20 minit untuk naik (dibuka untuk laluan kapal) dan kurang 20 minit untuk turun (dibuka kepada kereta dan motosikal).

 

Jambatan angkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah utara yang menempatkan restoran di tingkat 14 manakala tingkat 13 pula menempatkan ruang solat dan bilik air.

 Akan dibuka pada April 2019.

Di bahagian selatan pula ada galeri untuk orang ramai melihat keindahan bandar Kuala Terengganu terutamanya pada waktu malam.

 

Apa yang menariknya di jambatan ini, ada beberapa kawasan sekitarnya yang cukup indah untuk anda ambil gambar. Antaranya di Taman selera Tanjung, Shah Bandar, Kuala Terengganu.

 Port lepak best ni.

Kalau anda berkesempatan datang ke sini, jangan lupa menikmati hidangan popular kerang bakar sambil berlatarbelakangkan panorama indah ini.

 Tak sabar nak ootd mengadap jambatan angkat.

Jambatan yang dijangka telah siap ini akan dibuka kepada orang awam pada April 2019.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top