CLOSE
CLOSE

Plug-in: Pernah Guna Chrome OS? Kami Cubanya Buat Kali Pertama Dan Ini Ulasannya

Lain daripada yang lain


  • Share:

Plug-in: Pernah Guna Chrome OS? Kami Cubanya Buat Kali Pertama Dan Ini Ulasannya
Rojak Daily

Sejauh mana bagusnya Acer Tab 10 ini?


Pernah dengar Chrome OS?

Jika tidak, Chrome OS sebenarnya merupakan satu sistem operasi dihasilkan Google yang berasaskan Linux kernel.

Majoriti sistem operasi ini digerakkan melalui Google Chrome web browser. Dalam bahasa mudahnya antaramuka atau user interface OS ini kebanyakkannya menggunakan web browser Chrome sebagai platform utama.



Mungkin anda tidak perasan, tetapi wujud beberapa peranti yang dikuasakan oleh sistem operasi ini termasuk line up Chromebook dan sesetengah tablet terbaru di pasaran.

Kami berkesempatan menggunakan tablet daripada Acer ini dan ada beberapa perkara yang patut anda tahu mengenainya. Ini antara ulasan Plug In.
 

#1 SISTEM OPERASI MASIH 'MENTAH' TETAPI BOLEH DIHARAPKAN



Chrome OS ini bukanlah baru, ia mula dihasilkan pada tahun 2011 dan telah melalui beberapa evolusi. Namun pada pandangan pertama saya, ia kelihatan tidak tumpah seperti sistem operasi Android.

Apa yang membezakannya adalah ia direka khas untuk tablet dan laptop. Jika telefon pintar dijana oleh Android, maka tablet atau laptop pula menggunakan Chrome OS.


Terus terang saya katakan antaramuka OS ini sangat familiar. Dari segi icon sehingga lah transisi dan animasi antaramukanya. Namun seperti yang dikatakan sebelum tadi, ia banyak menggunakan web browser chrome sebagai platform untuk melakukan tugasan.

Tolak tepi tugas untuk melayari laman web, ia sememangnya tugas browser bukan?

Namun sebagai contoh jika anda mahu membuka YouTube ia juga akan dibawa ke pada web browser Chrome. Sama lah juga jika anda mahu documen mahupun Netflix. Semua dibuka menggunakan web Chrome.



Semua aplikasi yang dibuka pula akan disusun di bahagian bawah seperti mana Windows OS.

Walau bagaimanapun jika anda tidak mahu membuka aplikasi ini, anda boleh memuat turun daripada Play Store. Seperti saya, saya lebih selesa menggunakan aplikasi YouTube berbanding YouTube pada web browser. Maka saya mempunyai dua YouTube di Acer table ini.
 

TUGAS BERAT?



Saya cuba melakukan beberapa tugas seperti menaip dalam Google Docs dan Sheets. Seperti yang dijangka ia berjaya melakukan tugas dengan baik. Begitu juga penggunaan multimedia pada tablet ini, semua berjalan lancar.

Cuma ada beberapa kali ia sedikit lagging terumanya apabila transisi multitasking. Biarpun tidak ketara, ia antara yang perlu diberi perhatian.
 

JADI CHROMEBOOK INI UNTUK SIAPA?


Terus terang saya mengambil masa sedikit untuk membiasakan antaramuka sistem operasi ini. Slide dari atas ke bawah untuk multitask sebagai contohnya.

Ini antara yang perlu dibiasakan. 

Saya rasa individu yang paling sesuai untuk menggunakan sistem operasi ini adalah pelajar dan individu yang sering menaip (penulis seperti saya). Jika anda individu yang lebih kepada membaca berita, melayari web browser, media sosial, menggunakan gmail dan banyak melakukan tugas berkaitan dokumentasi, maka anda sesuai menggunakan sistem operasi ini.

ADAKAH ACER CHROMEBOOK TAB 10 PILIHAN TERBAIK?


Acer Chromebook Tab 10 dilengkapi skrin sebesar 9.7 inci dengan 2048 x 1536 pixel. Ia dikuasakan oleh OP1 Dual-core (2 Core) grafik Mali-T864 dan 4GB ram. Kamera utama 5MP manakala bahagian depan 2MP. 

Material belakangnya agak kukuh biarpun sedikit licin jika dipegang. Bateri pula pada hemat saya mampu bertahan sekitar 6 hingga 7 jam penggunaan. 

Prestasinya cukup untuk memainkan bermain PUBG dan aplikasi berat biarpun ada sedikit lagging ketika transisi multitask. Mungkin ia akan diperbaiki menerusi kemas kini akan datang.

Kehadiran pen stylus memberi kelebihan anda untuk menghasilkan karya-karya kreatif. 

Jika anda yang boleh diperbaiki adalah kehadiran papan kekecunci jika membelinya. Jika anda memerlukan keyboard, maka anda harus cari keyboard berasingan.

Secara keseluruhan Acer Chromebook Tab 10 ini antara tablet yang wajar diberi perhatian.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top