CLOSE
CLOSE

[FOTO] Orang Utara Bersedia Pakat Serbu? IKEA Batu Kawan Akan Dibuka 14 Mac Ini

Tak sabar nak makan bebola daging IKEA.


  • Share:

[FOTO] Orang Utara Bersedia Pakat Serbu? IKEA Batu Kawan Akan Dibuka 14 Mac Ini
www.ikea.com dan Penang Kini

Jom serbu 14 Mac.


Hej (Hello) warga utara! Pusat membeli-belah kelengkapan rumah, IKEA bakal dibuka secara rasminya di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14 Mac ini.

Hello orang utara!

Pembukaan IKEA Batu Kawan ini merupakan cawangan keempat jenama kelengkapan rumah terkemuka Sweden ini setelah di Damansara, Cheras dan cawangan ketiga di Tebrau, Johor.

Dimana lokasinya?

752, Persiaran Cassia Selatan 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang.

Boleh diakses dengan mudah.

Dilengkapi 49 buah ruang pameran merentasi 470,135 kaki persegi (kira-kira 43,677 meter persegi), 300 pekerja bersiap sedia menanti kehaduran warga utara.

 300 kakitangan IKEA menanti.

Memandangkan sambutan hangat yang diterima sejak berita penubuhannya terdahulu, pihak Ikea menjangkakan 50,000 orang seminggu yang akan mengunjungi gedung ini. 

 

Restoran IKEA juga menampung seramai 756 orang pelanggan akan dapat menikmati beraneka jenis hidangan ala Sweden dan tempatan yang lazat seperti bebola daging. Lebih istimewa, IKEA Batu Kawan turut mempunyai sebuah bakeri yang membuat roti dan pastri segar.

 Bebola daging popular.

IKEA Batu Kawan boleh diakses secara mudah melalui jambatan Pulau Pinang kedua dari bahagian pulau, serta dua lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Bandar Cassia dan Lebuhraya Utara Selatan.

 Ruang pameran. Antara ruang pameran.Tak sabar nak serbu.Ruangan membayar.Ruang memilih perabot. Ruang parkir kereta.Tersergam indah.  

Dah bersedia nak serbu IKEA? Gedung ini dibuka setiap hari bermula 14 Mac ini pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Selamat menghiaskan rumah anda ala-ala moden komtenporari.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top