CLOSE
CLOSE

Pengikut Hilang Secara Tiba-Tiba, Ini Penjelasan Instagram

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa antara yang terkesan.


  • Share:

Pengikut Hilang Secara Tiba-Tiba, Ini Penjelasan Instagram
Getty Images dan Instagram @ctdk

Sekadar gambar hiasan.


Ramainya mengadu di Twitter apabila hilang pengikut di Instagram? Apa dah jadi?

 

Ada yang hilang beratus, beribu malah selebriti popular seperti Ariana Grande, Selena Gomez dan Kim Kardashian hilang sehingga berjuta pengikut.

 

Pihak Instagram nenerusi satu entrinya di Twitter mengaku tentang perkara itu. 
 

Menurut Instagram, mereka peka dengan kehilangan pengikut yang dialami oleh pengguna dan mereka sedang berkerja keras untuk menyelesaikannya. 

Puncanya sedang dikenalpasti dan ia dijangka akan pulih tak lama lagi.

Rata-rata di Twitter, netizen turut berkongsi pelbagai reaksi tentang perkara ini. 

Ada pihak yang membuat andaian bahawa pihak Instagram memulakan pemadaman jutaan akaun yang mereka percaya akaun palsu atau tidak aktif namun mereka tidak memberikan tindak balas tentang isu ini.

 

Tidak hanya anda, akaun Instagram selebriti Malaysia turut terkesan apabila jumlah pengikut Datuk Siti Nurhaliza sebelum ini berjumlah 6 juta dan kini turun kepada 5.9 juta.

 

Instagram Neelofa turut berdepan masalah yang sama apabila pengikutnya kini berjumlah 5.9 juta daripada 6 juta sebelum ini


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top