CLOSE
CLOSE

Butik Di Jepun Ini Sediakan Hijab Untuk Anda Suai Padan Dengan Kimono Pilihan

Amboi, persis wanita Jepun!


  • Share:

Butik Di Jepun Ini Sediakan Hijab Untuk Anda Suai Padan Dengan Kimono Pilihan
PR Times

Barulah sepadan hijab dan kimono.


Kalau anda berkunjung ke negara Jepun, bersiar-siar sambil menggayakan pakaian tradisi wanita Jepun iaitu kimono adalah perkara wajib yang perlu anda letak dalam itinerari travel.

  Wajib pakai bila berada di Jepun.

Berita baik untuk wanita-wanita berhijab sekalian, kini ada tempat sewa kimono yang menawarkan hijab untuk anda suai padankan dengan kimono pilihan.

 

Pada yang tak faham, penting sangat ke warna hijab perlu padan dengan warna baju? YES, penting! Barulah cantik bila bergambar.

 

Dengan kunjungan lebih ramai wanita berhijab di Jepun sekarang, nampaknya satu syarikat sewa kimono ini mahukan anda menikmati pengalaman menggayakan kimono dengan lebih cantik dan yakin.

 

Beginilah rupa hijab yang disediakan.

  Cantiknya! Persis wanita Jepun.

Dengan 20 pilihan warna ditawarkan, kami yakin pasti ada yang sesuai dipadankan dengan warna kimono pilihan dan warna kulit anda.

  20 pilihan warna boleh dipilih.

Kebiasaan harga sewa bagi sehelai kimono adalah 2,900 Yen (RM107) dan bagi hijab pula, ia berharga 300 Yen (RM11)

Dimana lokasi butik kimono ini?

128, Manjujicho, Shimogyo-ku, Kyoto-shi, Kyoto

Terletak di bandar Kyoto.

472-1 Kinpukicho, Nakagyo-ku, Kyoto 604-0846

Wajib pergi!

Tak perlu lagi risau warna tudung tak sesuai dengan warna kimono yang dipilih, inilah masanya untuk anda bergaya sakan persis wanita Jepun. Wajib singgah butik ini kalau anda pergi ke Jepun.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top