Rojak Daily Logo

Oh, My BFF!

0
comments
Oh, My BFF!
Kawan ni ada bermacam-macam jenis. (Gambar Asal: Ian Schneider/Unsplash)

Ada 10 jenis kawan kat dunia ni. Anda ada kawan yang tergolong dalam senarai kami?

#1 Mulut Lancang

Kebiasaannya mereka yang laser inilah antara terawal membantu. Mereka seorang kawan baik yang bagus, sentiasa ada saat kita memerlukan. Tetapi, sebelum menghulur bantuan, rasakan dahulu ketajaman lidah dengan hamburan kata-kata selaju peluru. Sekali berkata-kata, berdas-das ayat pedas menusuk terus ke kalbu.

#2 Perasan

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: likeyummy.blogspot.my

Sebahagiannya perasan cantik, sesetengahnya pula perasan bagus. Serba serbi kena tip top. Kawan jenis ini kebiasaannya mempunyai tahap keyakinan berskala 10. Mereka kurang gemar menerima kritikan kerana mereka percaya setiap perkara yang dilakukan adalah yang terbaik. Tetapi jika anda mempunyai teman perasan cantik, silalah hadiahkannya cermin sebesar pintu agar dia tidak terus hanyut dengan kenyataan palsu.

#3 Lengai

Ini pula jenis rakan yang terlalu naif atau lurus. Kutuklah dia, perlilah dia sedikitpun tidak menjadi kudis. Bukan kerana hatinya kental, tetapi dia seorang yang naif. Berhadapan dengan rakan seperti ini, anda perlu berterus terang usah menggunakan bahasa tersirat agar tidak merana badan.

#4 Ratu Sentap

Pernah bertemu rakan yang terlalu sensitif? Pantang ditegur, dikritik secara automatik dia akan terdiam membawa diri. Atau lebih teruk, angkat kaki dan berlalu pergi. Nasihat kami, dalam kehidupan pasti ada cabaran. Buka hati, positif dan anggap setiap perkataan negatif itu irama yang mampu menceriakan hidupmu.

#5 Ratu Air Mata

Hatinya senipis tisu, air matanya tidak malu untuk mengalir laju. Mendengar kisah rakan yang ditinggalkan kekasih mampu membuatnya tersedu sedan. Belum lagi melihat babak sedih dalam filem atau iklan pastinya dia antara orang pertama menangis.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: iqmapost.blogspot.my/

#6 Pendengar Setia

Kualiti seorang pendengar yang dipercayai telah semakin pupus. Kebanyakannya hanya menjadi pendengar sekadar untuk mengetahui rahsia atau sesuatu perkara. Selepas itu, satu kampung dijaja keburukan sahabat baiknya.

#7 Pelawak

Apalah ertinya hidup tanpa gelak ketawa. Kehadirannya menceriakan suasana. Dia mampu memberi senyuman kepada rakan yang sedang menghadapi masalah.

#8 Mulut Murai

Pot pet, pot pet… tidak henti bercakap. Ada sahaja topik yang ingin dikongsi walau ada kalanya topik sama dicakap berulang kali. Rakan seperti ini menceria suasana tetapi dia juga menambah serabut fikiran. Alahai, boleh diam sekejap tak?

#9 Mulut Tempayan

Manalah boleh ditutup mulut tempayan. Segala yang didengar nescaya akan disampaikan kepada semua orang yang dikenali. Kadangkala cerita yang disampaikan ditokok tambah agar kelihatan cantik dan lebih menarik. Awas! Jangan selalu membuka aib orang, tidak risau andai aib sendiri dijaja nanti?

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: bicaranano.blogspot.my

#10 Kaunselor

Dialah penasihat terbaik. Pakar rujuk yang mempunyai penyelesaian untuk banyak perkara. Nasihatnya logik dan boleh diguna pakai. Sahabat jenis ini kebiasaaanya memberi nasihat berdasarkan pengalaman hidupnya yang penuh liku.

 
 
Comments