CLOSE
CLOSE

Keseronokan Euro Fun Park Kini Bertapak Di Gombak

Tiket masuk berharga RM4.


  • Share:

Keseronokan Euro Fun Park Kini Bertapak Di Gombak
Foto: Twitter @khairunnaim5

Tak payah bersusah-payah pergi jauh-jauh dah untuk keseronokan bermain taman tema. Kini taman tema bergerak terbesar Malaysia akan kembali menceriakan malam anda.

 

Taman permainan Euro Fun Park nampaknya bakal membuka tirai di Taman Sri Gombak (Bersebelahan Maybank) bermula dari 2 Februari ini sehingga 3 Mac 2019.

 

Malam penuh warna-warni akan dimeriahkan dengan 20 jenis permainan antaranya Vortex, Sky Rider, Merry Go Round, Dodgem Car, Top Gun dan Haunted Castle yang sesuai untuk anda yang kaki ekstrem dan juga untuk kanak-kanak.

 Euro Fun Park di Gombak.

Tidak kurang juga untuk mereka yang gemarkan fotografi, asah kemahiran mengambil gambar anda disini.

 

Taman ini dibuka pada jam 7 malam sehingga 12 tengah malam. Tiket masuk berharga RM4.00 bagi dewasa manakala RM2.00 bagi kanak-kanak. Manakala setiap token untuk permainan berharga RM2.00.

 Tiket masuk berharga RM4.

Jika anda tertanya-tanya tentang isu keselamatan, taman tema ini diselenggara oleh jurutera dari Eropah. Malahan, struktur mekanikal dan sistem eloktronik taman ini turut diperiksa oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Pastinya keselamatan dan keselesaan pengunjung serta pekerja menjadi keutamaan mereka.

 Lulus pemeriksaan oleh DOSH.

Berita baik untuk anda yang sedang menjadi kerja sambilan, Euro Fun Park juga sedang mencari pekerja sambilan untuk urusan jual beli tiket.

 Tambah duit poket.

Terdahulu, taman tema popular ini turut pernah bertapak di Johor Bharu, Kuantan, Pulau Pinang dan sekitar Lembah Klang. 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top