CLOSE
CLOSE

Tidak Perlu Ambil Gambar 'Post Wedding' Jauh-Jauh, Cukup Hanya Di Melaka

Empat lokasi wajib pergi!


  • Share:

Tidak Perlu Ambil Gambar 'Post Wedding' Jauh-Jauh, Cukup Hanya Di Melaka
Melaka pastinya menjadi antara lokasi tumpuan untuk melancong. Selain padat dengan kisah sejarah, Melaka juga terkenal dengan lokasi cantik untuk mengambil gambar tidak kiralah untuk si bujang ataupun telah berkahwin.

Namun, bagi mereka yang buntu mencari lokasi gambar perkahwinan anda, maka anda boleh cuba empat lokasi ini.

Gambar diambil jurugambar Akeem ini telah dimuat naik Twitter dan dikongsi lebih satu ribu tweet oleh netizen. Ini antara lokasi yang mungkin boleh dijadikan rujukan buat anda semua.
 

#1 JONKER WALK


Tone pun nice!
Jonker Walk antara lokasi paling popular di Melaka. Namun tidak ramai yang bijak menggunakan sepenuhnya lokasi ini untuk menghasilkan gambar menarik. 

Anda boleh cuba bereksprimentasi dengan lorong-lorong kecil di Jonker Walk. Gunakan sumber cahaya dan ruang gelap shadow bagi menghasilkan imej di atas. 

Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
 

#2 ENCORE MELAKA


Lokasi tumpuan baru di Melaka
Lokasi ini paling baru di antara keempat-empat lokasi lain. Anda boleh lihat banyak gambar di Encore ini di media sosial.

Namun cuba cari ruang sudut yang tidak begitu popular dan jadikan ia secantik gambar di atas.

Alamat: No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka

#3 PANTAI KLEBANG 1

Jangan fikir lalang-lalang ini hanya sekadar lalang.

Satu lagi lokasi yang agak typical, namun ia masih memberi impak jika anda mengambil gambar wedding atau post wedding di sini.

Nasihat kami, elakkan mengambil gambar ketika waktu tengah hari kerana ia akan menjadikan gambar kelihatan overexposed.

Alamat: Pantai Klebang, Melaka.


#4 PANTAI KLEBANG 2


Tidaklah baru, namun masih unik.
Lokasi lama, tetapi masih membuatkan hasil gambar kelihatan seperti di luar negara. Anda boleh lihat bagaimana jurugambar ini mengambil gambar dengan komposisi yang menarik.

Alamat: Pantai Klebang, Melaka.

Paling penting subjek harus memainkan peranan bagi menghidupkan lagi gambar. Untuk lebih banyak gambar diambil pemuda ini, anda boleh follow di Instagram di sini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top