CLOSE
CLOSE

Bernilai RM4,000 Sebiji Dan Kalahkan Musang King, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Durian J-Queen

Hak milik negara Indonesia.


  • Share:

Bernilai RM4,000 Sebiji Dan Kalahkan Musang King, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Durian J-Queen

Orang Malaysia dan raja buah ini memang tak boleh dipisahkan. Lemaknya isi durian, nikmat tak terkata.

 

Kalau di sini kita ada pelbagai jenis durian antaranya Musang King, D24, Udang Merah, durian kampung dan sebagainya, lain pula yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia.

 Durian J-Queen.

Durian dengan nama unik, J-Queen ini tiba-tiba viral kerana ia harganya mencecah Rp14 juta (RM4086) sebiji!

 

Sudahlah mahal, harap isinya juga sedap. Ini yang anda perlu tahu tentang durian J-Queen:

 

1. Durian ini dijual di pasaraya Plaza Asia, Tasikmalaya.

 

2. Sebanyak empat biji durian yang tersedia untuk dijual. Pada hari pertama dijual, hanya dua biji dipamerkan dan kedua-duanya habis dijual pada hari yang sama.

 

3. Durian J-Queen ditemui oleh seorang jejaka berusia 32 tahun dari Kawalu, Tasikmalaya bernama Aka. Ia ditanam di Kendal, Jawa Tengah.

 Kumpul duit weh nak beli.

4. Durian J-Queen pernah menyertai peraduan buah durian di Pulau Pinang pada tahun 2018 dan buah ini telah mengalahkan jaguh durian Malaysia, Musang King.

 

5. Bentuk durian J-Queen berbeza dengan durian yang lain kerana bulatnya kelihatan sempurna.

 

6. Durian ini terdiri daripada 95% isi dan kurang biji. Isinya tebal dengan paduan rasa kacang mentega serta pahit dan manis yang seimbang.

 

7. Menurut pemiliknya, Aka, buah ini boleh terjual sehingga Rp 100 juta (RM29,000) kerana HANYA dia seorang sahaja yang memiliki baka J-Queen.

 

8. Durian ini turut dieksport ke Malaysia dan Thailand.

 Bulatnya sempurna.

Sekarang kami sendiri tertanya-tanya, sedap sangat ke isi durian J-Queen sehingga Musing King pun kalah? Wajib cuba ni!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top