CLOSE
CLOSE

"Saya Dah Lali Tengok Reaksi Orang" - Gadis Ini Mempunyai 24 Jari Tangan dan Kaki

Menghadapi masalah polydactyly atau jari lebih sejak lahir.


  • Share:


Foto: Twitter dan Instagram Dhiva Caezara

Setiap orang pasti dilahirkan dengan keunikan berbeza. Sama ada warna mata, warna rambut mahupun cap jari.

 

Namun bagi gadis ini, dia berbangga memiliki keunikan yang lain daripada orang lain, dia memiliki 12 jari tangan dan 12 jari kaki.

 

Pertama kali menyedari kewujudan gadis berumur 21 tahun ini adalah di laman sosial. Menerusi satu entri di Twiter mengenai jarinya, ia tular sekitar beberapa jam sahaja.

Pertama kali melihat bilangan jari tangan dan kakinya, saya kagum. Terus saya DM gadis ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi dirinya.

 Zara mengalami polydactyly.

Pemilik nama Dhiva Caezara ini dilahirkan dengan keunikan 12 jari tangan dan 12 jari kaki. Lebih mesra dipanggil Zara, anak sulung ini sudah biasa dipanggil 'monster' sedari kecil.

 

"Sejak lahir lagi saya mempunyai jari-jari ini, saya rasa normal seperti orang biasa", jelas Zara.

 Jari kaki Zara.

Menerusi terma perubatan, jari berlebihan ini dipanggil polydactyly atau jari lebih. Namun bagi Zara, kesnya unik kerana dua jari tangan dan jari kaki yang berlebihan itu berfungsi dengan baik.

 

"Jari-jari lebih ini ada tulang, otot, kuku dan ia berfungsi normal seperti jari saya yang lain.

 Belajar bina keyakinan diri.

"Sewaktu masih bayi, ibu bapa saya hampir menyuruh doktor membuang jari ini melalui pembedahan tapi doktor menasihati bahawa kalau jari-jari lebih ini dibuang, ia mungkin merosakkan otot-otot keseluruhan jari maka pembedahan membuang jari lebih itu tidak dilakukan", terang Zara lagi.

 

Gadis yang berasal dari Batam dan kini tinggal di Semarang ini sudah lali dengan reaksi terkejut dan pelik orang ramai setiap kali ternampak tangan dan kakinya.

 Ibulah sumber kekuatan.

Menurut Zara lagi, "dulu semasa sekolah rendah, saya teruk dibuli. tapi bila mula memasuki sekolah menengah, saya mula bina keyakinan diri. Saya belajar untuk menerima dan memahami setiap reaksi orang ramai."

 

Ibu bapanya sumber kekuatan dan sokongannya selama ini. Ketika dibuli, ibulah yang banyak mengajar dirinya tentang keyakinan diri. "Waktu saya dibuli di sekolah dulu, ibu yang akan menghubungi guru dan meminta mereka menyediakan persekitaran yang mesra bukan sahaja untuk saya malah untuk rakan sekelas. Ibu jugalah yang sering memuji dan mengajar saya bahawa seseorang itu tidak perlu malu dengan penampilan fizikal dirinya.", tegas Zara.

 Gemar ketokohan Syed Saddiq.

Sejak di sekolah menengahlah Zara belajar menerima kelebihan diri. "Sejujurnya, tidak ada apa yang perlu dimalukan. Saya hidup sama seperti orang biasa dan lebihan jari ini tidak pernah memberikan sebarang masalah, cuma masalah timbul bila saya nak pakai sarung tangan", ujar Zara berseloroh.

 

Berasal dari Batam menyebabkan Zara sering juga berkunjung ke Malaysia. Suka melihat ketokohan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, "Saya follow Syed Saddiq di Twitter dan Instagram, beliau sangat memberi inspirasi", jelasnya di akhir tembual.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top