CLOSE
CLOSE

Bonjour! Honor View20 Dilancarkan Secara Global Di Paris!

Harga Malaysia turut didedahkan.


  • Share:

Bonjour! Honor View20 Dilancarkan Secara Global Di Paris!
Tanda tanya mengenai kemunculan Honor View 20 di pasaran akhirnya terjawab apabila model terbabit diumumkan secara global di Paris, Perancis hari ini.

Menggunakan beberapa teknologi baru, Honor View 20 dilihat menjadi penanda aras terbaru bagi jenama ini.

Antara teknologi utama diketengahkan kali ini adalah penggunaan kamera beresolusi 48 Megapixel (MP). Honor nampak gayanya menitikberatkan kualiti gambar kerana kali ini sensor yang digunakan amat besar.

Pertama kali dilancarkan secara global.
Malah dengan bantuan fungsi Artificial Technology (AI) menerusi Mode Ultra Image, ia menjadikan kualiti gambar dihasilkan View 20 lebih tajam.

Selain itu juga ia turut disertakan dengan lensa 3D kamera untuk menghasilkan demensi pada gambar dan video. Ia juga digunakan untuk permainan yang menyokong 3D.

Paling mengagumkan adalah penggunaan panel LCD 6.4 inci yang menyeluruh hingga 91.8 peratus 'body ratio'. Skrin ini lebih luas dan sesuai untuk penggunaan media, hanya kamera depan saja diletakkan di bucu atas. 

Pada belakang peranti ini pula, Honor View 20 menjadi telefon pintar pertama di dunia menggunakan teknologi 'nanolithography' bagi menghasilkan tekstur nano. Hasilkan anda akan melihat jalur kilauan V di belakangnya.

Corak jalur V di belakang.
Bagi spesifikasi dalaman pula, peranti ini dijana oleh cip pemprosesan terbaru Kirin 980 yang telah diketahui umum lebih berkuasa berbanding model sebelumnya. Ia dipadankan dengan dua varian iaitu 6GG dan 8GB ram.

Bagi model 128GB + 6GB RAM ia dijual pada harga RM1999 manakala bagi model eksklusif, Moschino (256Gb + 8GB RAM) pula dijual pada harga RM2499.

Bagi pasaran Malaysia, ia akan mula dijual pada 26 Januari ini.

Selain itu, jam pintar Honor Magic dan alat kecergasan Honor Band 4 turut diumumkan.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top