CLOSE
CLOSE

Penuh Emosi! Ini Antara 5 Foto Yang Memenangi 'Siena International Photo Awards 2018'

Seramai 48,000 peserta dari 156 buah negara bertanding.


  • Share:

Penuh Emosi! Ini Antara 5 Foto Yang Memenangi 'Siena International Photo Awards 2018'
Semuanya hebat-hebat belaka. (Gambar: Siena)
Minggu lalu boleh dikatakan sebagai minggu bersejarah bagi adik Mohd Syukur Khamis serta jurugambar Dallah Deen atau nama sebenarnya Abdullah Deen Mohd Zain.

Gambar Syukor yang diambil oleh Dallah Deen menjadi perbualan hangat di media sosial. Gambar terbabit dinobatkan sebagai 20 gambar terbaik dunia.

Untuk makluman anda, anugerah berkenaan digelar sebagai Siena International Photo Awards 2018. Jika anda ingin melihat gambar lain yang turut bersaing, kami senaraikan beberapa peserta yang menyerlah dalam pertandingan berkenaan.

#1 KATEGORI WARNA AM


Saksikan dengan teliti.
Jika diteliti dengan dekat, ia sebenarnya adalah gambar peserta triathlon yang berasak berenang di pelabuhan Duesseldorf Media, Jerman. Gambar ini memenangi tempat pertama.
 

#2 KATEGORI WAJAH DAN KARAKTER MENARIK


Penuh emosi.
Anda lihat corak pada wajah kanak-kanak ini serta ekspresi yang ditampilkan. Tidak hairanlah ia memenangi tempat kedua kategor ini.

Pada yang tidak tahu, gelang yang disarung pada golong wanita ini adalah kraftangan daripada Ethiopia.

#3  KATEGORI WAJAH DAN KARAKTER MENARIK


Gambar paling sedih!Gambar ini hanya mendapat kedudukan ‘honorable mention’, namun bagi kami ia berjaya memberi impak kepada sesiapa saja yang menyaksikan gambar ini. 

Gambar ini diambil di China oleh jurugambar Jing Hu.
 

#4  KATEGORI WARNA


Gabungan warna.
Satu lagi gambar yang diambil dari sudut atas. Suasana di Pasar Terapung, Indonesia ini berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori warna.

Anda lihat warna sayur dan pakai peniaga ini cukup menyerlah.


#5 KATEGORI KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI


Macam dalam movie!
Gambar ini berjaya mengagumkan ramai pihak termasuklah juri sendiri. Kehebatan gambar ini sekali gus melayakkan memenangi tempat pertama dalam kategori ini.

Gambar ini berjaya dirakam oleh Francisco Negroni di El Calbuco, Chile.

GAMBAR TERBAIK SIENA INTERNATIONAL PHOTO AWARDS 2018


Sebak melihat gambar kanak-kanak ini.Benarlah orang kata, gambar boleh memberi 1001 maksud. Imej kanak-kanak bernama Asmat Ara berjaya menterjemahkan keperitan dan kesengsaaran dalaman yang sedang dialaminya.

Difahamkan, kanak-kanak ini trauma dengan keganasan dan penghapusan etnik yang sedang bergolak di Myanmar. Foto ini diambil di kem pelarian Rohingya Tenkhali, di Bangladesh oleh KM ASAD.

Berdasarkan maklumat dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), seramai 646,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari Myanmar sejak 25 Ogos 2017 sebelum menuju sempadan Bangladesh untuk mendapatkan perlindungan.

Kesemua gambar di atas hanya sebahagian saja daripada jumlah sebenar penyertaan, namun jika anda mahu melihat senarai penuh, anda boleh klik di sini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top